Sunday, 9 May 2010

0007 - Ruang lingkup perjuangan PAS

Jikalau disemak semula Tujuan PAS dalam Perlembagaan dengan jelas disebut tentang “memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara”.

Dengan merenung Tujuan PAS sahaja sudah memadai bagi mereka yang inginkan berjuang dalam medan amal Islami PAS ini untuk memilih relung perjuangan yang unik dengan bakat dan kebolehan mereka tanpa terikat dengan hakikat PAS didaftarkan sebagai sebuah parti politik. Pernyataan Tujuan PAS telah menunjukkan kepada kita, yang jamaah ini ingin membina sebuah masyarakat (melalui dakwah, tarbiyah, kebajikan masyarakat, pendidikan, pengukuhan institusi keluarga, pembangunan generasi muda dll) dan pemerintahan (melalui pilihanraya, public political education, pembelaan keadilan & hak-hak rakyat, pembinaan kredibiliti sebagai kerajaan menunggu, pembinaan polisi-polisi awam yang Islamik & progresif dll).

Keluasan ruang lingkup perjuangan kita seharusnya dimanfaatkan oleh petugas-petugas, pencinta-pencinta dan simpatisan-simpatis an PAS untuk menggembleng seluruh potensi dirinya sebagai insan untuk kejayaan amal Islami di bumi Malaysia. Tujuan PAS dengan jelas memberi peluang seluas-luasnya untuk kita dengan kreatif dan inovatif menawarkan ‘produk-produk baru’ yang ditujukan untuk membawa masyarakat mengetahui, memahami, menghayati, mencintai dan seterusnya mendokong cita-cita Islam dan perjuangan Islam.


Diolah semula dari ucapan SU Dewan Pemuda PAS 2006-2008 pd 9hb Disember 2007 di Kuching, Sarawak.

Sumber; http://khazanahnasional.wordpress.com

No comments:

Post a Comment