Inilah padahnya apabila menusia itu jahil dalam beragama. Apa-apa yang diharamkan dalam agama mereka permaikan serta buat endah tak endah dan apa yang dibolehkan mereka mengkritik semahu-mahunya. Utusan Malaysia (UM) yang sepatutnya memberi maklumat dan informasi yang berguna dan bermanfaat kepada rakyat Malaysia hari ini dilihat sebagai penyebar fitnah paling besar di tanah air.
Banyak kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan oleh UMNO tidak disiarkan dalam UM. Pengkhianatan UMNO semua rakyat mengetahuinya. UMNO pernah menghalalkan judi yang jelas nyata dalam al-Quran Islam mengharamkannya. UMNO meruntuh masjid sebagai rumah Allah di banyak tempat di Terengganu seakan sama dengan tindakan Yahudi terhadap rumah ibadat orang Islam. UMNO mendekam ramai para ulama ke dalam ISA. Banyak lagi kerosakan-kerosakan yang berlaku dalam masyarakat dek kerana tangan-tangan kotor UMNO tetapi tindakkan UNMO merosakan agama Islam ini dianggap suci dan murni oleh UM.
Bagi mereka (UM) isu yang kecil yang difatwakan boleh oleh ulama itu yang mereka pertikaikan. Manakala isu yang diharamkan oleh agama mereka mengambil sikap untuk melanggar. Dan inilah sikap UM dan UMNO sebenarnya yang selama ini disembunyikan dari mata rakyat.
Terkini dalam Utusan Malaysia dan juga Mingguan Malaysia melaporkan ahli parlimen pakatan rakyat bukan Islam masuk ke dalam masjid dan berita ini diperbesar-besarkan. Pada hal Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengfatwakan bahawa:
pelancong bukan Islam diharuskan memasuki Masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan senantiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimana pun perbuatan berdoa atau bertafakkur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
Fitnah bukan sesuatu yang kecil dalam agama, dosanya lebih teruk daripada membunuh. UM perlu belajar apa itu finah yang dikecam hebat dalam agama islam supaya kita menghindarinya. Fitnah itu tidur sesiapa yang menggeraknya akan dilaknat oleh Allah swt.
Sebenarnya UM tidak layak membicara soal agama dalam tulisan atau paparannya kerana jika dibiarkan UM terus memberi pandangan dalam soal agama dikhuatir rakyat Malaysia memjadi jahil angkara bertalaqi atau belajar dengan UM. Walaupun ada individu yang berkelayakan agama dalam ruangan UM mereka tidak mampu memurnikan kecelaruan yang diciptakan oleh tangan-tangan khianat dalam UM soalah-olah mereka yang berkelayakkan ini membiarkan sahaja isu-isu perkauman serta berita-berita yang berbaur fitnah ini disensasikan.
Mulai hari ini penulis blog Pas Sayang Islam (PSI) menyeru kepada semua pembaca memboikot akhbar UM kerana sejak akhir-akhir ini muatan isinya (UM) dipenuhi racun. Kalau tidak boleh cukup dengan baca melalui online sahaja. Perumpamaan yang dibuat oleh TGNA setiap pagi kita beli nasi kerabu untuk sarapan, jika nasi kerabu itu beracun maka tidak perlulah lagi kita membelinya.

No comments:
Post a Comment