program yang mulia seperti ini, bersama sohibul somahah mufti dan para ulamak terhebat di mesir JPMK sanggup memboikot program PMRAM ini dengan menghantar surat kepada pihak ACC untuk menarik balik keizinan menggunakan dewan ACC tersebut.. dengan kata mudah "JPMK sabotaj PMRAM"
Selogismenya bahawa mahasiswa bukanlah dikategorikan sebagai kanak-kanak hingusan bahkan mahasiswa merupakan tunjang kepada kemajuan sesebuah negara. Mengimbas kembali detik-detik Pogram Kutub Sittah yang cuba dibatalkan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) adalah wajar dan dituntut kepada semua ahli PMRAM memboikot konvo yang bakal dianjurkan tidak lama lagi.
JPMK tidak ada hak menganggu urusan aktiviti PMRAM. Tindakan mengupah pekerja arab mesir dengan menggunakan kenderaan berflat diplomasi untuk mencabut sepanduk bantahan DESAK adalah satu perancangan kotor dan dalam masa yang sama memberi imej buruk kepada JPMK itu sendiri.
Bukanlah satu perkara yang baru JPMK menyusahkan urusan aktiviti PMRAM ,bahkan sejak 1991 PMRAM seringkali di hentam oleh JPMK dan acapkali dilabel bersekongkol dengan pembangkang kerajaan. Kita perlu bangkit mempertahankan hak kita.Pihak JPMK masih tidak melunaskan 3 perkara yang dituntut oleh PMRAM iaitu :
1- Membersihkan nama PMRAM secara rasmi di peringkat Al-Azhar.
2- Memohon maaf secara rasmi dan terbuka kepada seluruh peserta Kutub Sittah.
3- Mengadakan dialog terbuka bersama seluruh mahasiswa di Mesir.
Selagi 3 tuntutan itu tidak dilaksanakan , kita perlu memboikot pogram yang dianjurkan oleh JPMK. Sekiranya kita tidak mengendahkan hak kita terhadap PMRAM, bermakna kita dayus sebagai ahli serta mengabaikan pengorbanan dalam mempertahankan PMRAM. Maka rentetan dari isu yang dibangkitkan, penulis menyeru kepada sahabat-sahabat untuk mengecualikan diri dari menyertai Majlis Konvokesyen yang bakal dianjurkan oleh JPMK tidak lama lagi.

Dimanakah sensitiviti kita selaku ahli PMRAM? Dimanakah sensitiviti kita apabila PMRAM dituduh sebagai ejen pembangkang kerajaan? Dimanakah sensitiviti kita apabila JPMK seringkali menyusahkan ahli PMRAM? Dimana? Dimana? Dimana?
Kembalikan hak kami!
sumber: http://fromegypt-wewrite.blogspot.com/
Aku ingat lagi masa sekolah dulu,masa aku x puas hati dgn seorang budak,aku x banyak cakap,aku terus balon,sampaikan dia ilang gg kapak dia,nasib baik le gg dia gg susu,tp skang aku dah nak konvo,pas tu nak masuk kutub sitah..aku ingat lagi pesanan satu habib y kawan aku cite,bila masuk mesir ni umpama masuk tandas..paham2 jelah maksud tu.mula2 aku x paham jug.last duk lama2 baru aku pasan.
ReplyDelete