Pemuda PAS Sedia Buka Kelas Bacaan dan Tafsir Al Quran kepada Pemimpin Non Muslim .
1. Perkembangan menarik berlaku kebelakangan ini sejak lahirnya Pakatan Rakyat di bumi bertuah ini.. Satu front yang meletakkan 3 buah parti berbeza idealogi, menggaris tindakan bersama dan bekerjasama dalam perkara yang dipersetujui bersama untuk mendepani UMNO dan BN sekaligus membawa perubahan kepada rakyat dalam negara ini setelah lebih 50 tahun mereka berada dalam satu sistem yang korup dan tidak adil malah tidak selamat .
2. Melalui bahasa yang digunakan oleh PAS , kerjasama ini dinamakan Tahaaluf Siasi [ kerjasama politik ]. Biarpun ia berbeza idealogi namun kerjasama ini tidak mengikat antara satu sama lain untuk memaksa dan menganut idealogi yang dibawa oleh pihak lain . Tiap - tiap parti kekal dengan idealogi masing - masing , namun di sana sekali lagi saya tegaskan bahawa terdapat banyak perkara yang perlu kepada kerjasama antara satu sama lain khasnya dalam perkara politik .
3. Keikhlasan tentunya akan menjadi sendi utama dalam kerjasama ini. Tanpa keikhlasan ia akan musnah dan lerai dalam masa yang tidak lama .[ Keikhlasan dengan maksud jujur dan tidak tikam belakang ] . Sebagai contoh , PAS sebagai sebuah Gerakan Islam atau Jamaah Islam , tentunya idealogi perjuangan dan orientasi gerakannya adalah berteraskan Islam dan syariatnya. Asas ini sedia diketahui oleh PKR dan DAP sebelum mereka bersetuju untuk menjadi anggota kerjasama [ tahaaluf ] atau sebelum mereka menerima PAS sebagai anggota kerjasama [ tahaaluf ] ini .
4. Sebab itu saya berulang kali menyebut bahawa kita tidak perlu apologatik untuk bercakap mengenai Islam dan tegas memperjuangan dasar - dasar syariat Islam di pentas terbuka kerana semua orang tahu apakah dasar perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS sejak awal penubuhannya . Justeru tidak perlulah disembunyikan suara Islam yang diperjuangkan semata - mata kerana mahu menjaga undi dari non muslim . Apalagi untuk berlaku tidak jujur dengan mengatakan ini pakej Islam untuk bercakap dengan orang melayu muslim dan ini pula pakej Islam untuk bercakap dengan kaum non muslim .
5. Islam hanya satu . Sumbernya ialah wahyu Allah swt al Quranul karim . Inilah yang telah termaktub dalam perlembagaan PAS sebagai sumber rujuk PAS . Perjuangan PAS tidak boleh lari walau satu milimeter dari manhaj al Quranul karim . Alhamdulillah , kini sumber dan perjuangan PAS telah diakui benar oleh semua pihak termasuk non muslim .
6. Tidak hairanlah mutaakhir ini kita mendengar beberapa orang pimpinan parti kompenan Pakatan Rakyat seperti Yb Chang Ming Kai [ Adun Simpang Pulai ] , Yb Chah Lee Kang [ Adun Teja ] , Yb Ngar Kor Meng [ Adun Pantai Remis ] , Yb Ngeh Koo Ham [ Adun Sitiawan ] , Yb Gobala Krishnan [ MP Padang Serai ] dan terbaru seoreang perwakilan PKR K. Subramaniam , sering memetik beberapa ayat - ayat suci al Quran sebagai sandaran kenyataan dan ucapan mereka .
7. Saya percaya mereka yakin Islam benar dan betul , justeru itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut menjadikan Khalifah Omar Abdul Aziz sebagai idolanya. Mereka cuba memetik sumber dari al Quranul karim sebagai sandaran kenyataan mereka sekalipun bacaan mereka tidak fasih , salah sebutan malah sesekali salah menterjemah . Lantaran itu tidak sedikit kontraversi tercetus terutama dari kalangan ummat Islam yang tidak biasa mendengar dan melihat non muslim membaca al quran . Apa lagi dengan sebutan mereka yang tidak fasih dan salah .
8. Tidak fasih dan salah membaca al quran adalah berpunca dari ketiadaan ilmu yang mencukupi untuk membaca dan menterjemah serta menafsirkan al Quran . Bukan sahaja non muslim , saya kira orang Islam sendiri pun masih ramai yang jahil tentang al Quran . Tidak tahu membaca al quran jauh sekali tahu menafsirkannya . Malah lebih malang ada dari kalangan yang mengaku muslim tetapi menolak ajaran al quran lantas mendokong faham sekular .
9. Salah membaca al Quran dan salah menterjemah atau mentafsirkannya adalah merupakan kesalahan serius walau siapa yang melakukannya samaada non muslim , lebih - lebih lagi muslim . Justeru itu , saya selaku ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihati sesiapa jua dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat yang non muslim , yang mahu membacakan al Quran dalam ucapannya atau pada bila - bila masa jua , termasuk juga yang mengaku muslim tetapi masih belum pandai membaca al Quran dan memahaminya dengan baik agar berhati - hati memetik perkataan atau ayat - ayat suci tersebut . Kerana ayat - ayat suci tersebut bukan semurah harga akhbar Utusan Malaysia bah kan ia adalah kalam tuhan . Ia adalah wahyu Allah tuhan yang mencipta manusia yang tidak boleh dipetik sesuka hati apatah lagi sekadar untuk kepentingan politik duniawi .
[ membaca dan menterjemah atau menafsirkan Ayat Al Quran mestilah tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt. Juga jangan sekali - kali membaca al quran dan menterjemahkannya dengan maksud mahu mempersendakan kesucian al quran . ]
10. Mengatasi perkara ini dan mengelak dari tercetusnya kontraversi atau fitnah , saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia menganjur kursus intensif pengajian membaca , menterjemah , menafsirkan dan memahami al Quran kepada non muslim terutama para pemimpin mereka agar mereka lebih memahami maksud kandungan al quranul karim . Kursus ini juga terbuka buat pemimpin - pemimpin UMNO dan BN yang ingin memahami al Quran dengan lebih jelas agar ajaran al Quran di sokong dan didokong bukan ditentang dan dihalang.
11. Saya juga telah meminta agar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang menganjurkan Seminar Urus Tadbir Kerajaan menurut perspektif Khalifah umar bin Abdul Aziz rha . Insyaallah seminar tersebut akan memberi kefahaman serta pendedahan yang lebih jelas kepada semua pihak bagaimana kerajaan Islam memimpin dan mentadbir sekaligus ia wajar menjadi asas dan sandaran pemerintahan hari ini dalam mendaulatkan syariat Allah swt sekaligus menegakkan keadilan dan kesaksamaan dalam kehidupan ummat manusia .
Sumber: Blog Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi

No comments:
Post a Comment