Thursday, 18 November 2010

Kak Lah(YB Zailah) Qurban 30 ekor lembu di Parlimen Rantau Panjang

WALAUPUN Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusuf terpaksa berenggang dengan rakyatnya kerana menenami dan menjaga anak bongsunya, Ahmad Saleh Rahmi yang kini dalam keadaan koma di Hospital Selatang, namun tugas dan tanggungjawabnya kepada rakyat sama sekali tidak dilupakan.

Sempena hari raya korban ini, ahli Parlimen itu mengajurkan korban melibatkan sebanyak 30 ekor lembu yang diagih-agihkan ke semua tiga Dewan Ungan Negeri (Dun) dalam kawasan Parlimen Rantau Panjang.
Menurut satu SMS yang dikirimkan oleh seseorang kepada saya, penganjuran korban ini adalah tahun kedua. Anjuran seperti ini kata pengirim itu tidak pernah berlaku sebelum ini. "Sudah banyak ahli MP di Rantau Panjang, tetapi belum ada yang mengambil inesiatif seperti Kak Lah," kata pengirim itu yang membahaskan Zailah sebagai Kak Lah.

Seperti mana yang dicatat menerusi SMS itu lembu-lembu yang diagihkan seperti mana berikut; di Pejabat Pas Rantau Panjang, (9 ekor), Pondok Lubuk Tapah (1 ekor), Pondok Gual Dalam (1 ekor), Pondok Siram (1 ekor), Masjid Banggul Kulim (1 ekor), Masjid Kubur, Cawangan Kubang Chenak dan Cawangan Chabang Tiga (2 ekor).

Kampung Kubang Chenak (1 ekor), Kampung Rahmat (1 ekor), Masjid Lubuk Gong (1 ekor), Tok Imam Lubuk Jong (1 ekor), Tok Penghulu Baruh Pial (1 ekor), Masjid Ustaz Leh Padang Jelapang ( 1 ekor), Tok Penghulu Kubang Pak Tem (1 ekor), Madrasah Mak Mudah Tasek (1 ekor), Madrasah Gual Mekong (1 ekor), Kampung Bakat (1 ekor).

Kampung Tok Deh (1 ekor), Madrasah Abang Halim Lancang (1 ekor), Madrasah Tasek Berangan (1 ekor), Masjid Machang Gocoh (1 ekor), Madrasah Gual Tualang (1 ekor).

Melihat kepada begitu besar jumlah lembu korban anjuran ahli Parlimen berkenaan menunjukkan beliau popular dan mendapat simpati dan kerjasama ramai. Kejayaan penganjuran itu juga menunjukkan Zailah mendapat dokongan ramai di Rantau Panjang.

Jelas juga kejayaan ini membuktikan kerajinan dan komitmen tinggi beliau dengan masyarakat di Rantau Panjang. Dipercayai kalau gerak kerjanya tidak disebotaj oleh pihak tertentu dalam Pas Kawasan Rantau Panjang lebih banyak lagi manfaat yang berjaya dibawa oleh Zailah.

No comments:

Post a Comment