Monday, 22 November 2010

London: Demonstrasi Menentang Perang Ke Atas Afghanistan



21 Nov, Debtor Diriye, London-Tengahari Sabtu semalam telah menyaksikan pelancaran satu demonstrasi di sebuah taman popular di London, Taman Hyde. Demonstrasi yang disertai hampir ribuan peserta anti-perang menuntut pengunduran pasukan tentera dari bumi Afghanistan.

Para peserta yang terdiri daripada kesatuan sekerja, aktivis keamanan dan komuniti umat Islam di dalam negara. Mereka berarak sambil mengalunkan gendang dan wisel yang diketuai oleh ahli british house of commons serta ahli politik. Kelihatan kain rentang dibawa oleh peserta demonstrasi menuntut pengunduran tentera dari negara Afghanistan.

Slogan-slogan `Hentikan Peperangan Bersekutu', Perlucutan Senjata Nuklear!' dan `Islam di Britain' dilaungkan oleh persatuan-persatuan dan badan-badan berkanun serta kesatuan wanita dan pelajar.

Turut serta dalam demonstrasi ini dikalangan pelajar sekolah dan universiti yang melahirkan kekesalan dengan peningkatan harga yuran pengajian dalam masa yang sama jumlah peruntukan untuk memerangi keganasan meningkat berjuta-juta. Peningkatan peruntukan ini tidak menyamai dengan tahap pendidikan dan keprihatinan kerajaan terhadap kehidupan masyarakat.

Berkata peserta demonstrasi dari kalangan parti pembangkang bahawa keterlibatan penghantaran pasukan tentera telah banyak mengorbankan nyawa. Sehingga kini bilangan kematian sudah tercatat sebanyak 340 orang tentera telah terbunuh dalam masa yang sama bilangan penduduk awam juga terbabit dalam konflik ini. Tidak terkecuali tentera dari NATO juga mengalami nasib yang sama. al Jazeera Tv

Isyarat Jelas dari Rakyat

Pihak pemerintah hari ini telah gagal untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka mampu untuk memberi sokongan kepada tentera Britain di Afghanistan. Mereka juga telah gagal untuk memenangi hati rakyat dan kekalahan mereka mengatasi perang di Afghanistan sudah ternyata.

Kajian yang dibuat, statistik menunjukkan dari koresponden yang diterima mendapati 75% dikalangan rakyat Britain mendesak untuk dilakukan pengunduran pasukan tentera dari Afghanistan. 81% pula tidak yakin bahawa pasukan tentera mampu bertahan disana dengan baki bekalan logistik yang sedia ada sekarang.

Laungan Keamanan Bergema di Bandar London

Sekretariat `Hentikan Peperangan` menyatakan bahawa laungan rakyat pada perarakan di tengah bandar London ini merupakan satu pesanan penting buat Presiden Amerika Barack Obama dan Perdana Menteri Britain David Cameron serta pemimpin-pemimpin yang bersekutu dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara di Lisbon.

Sidang Media Demonstrasi

Setiausah Agung Sekretariat Hentikan Peperangan dalam kenyataannya berkata, perang di Afghanistan akan berlaku lebih lama dari Perang Dunia Pertama dan Kedua jika para pemimpin NATO terlibat dalam konflik ini.

Beliau menegaskan bahawa peperangan ini tidak ada alasan. Ianya tidak akan mendatangkan keamanan kepada Britain sepertimana tidak menghasilkan demokrasi di Afghanistan. Apa yang menjadi sebab utama dalam peperangan ini semata-mata menjaga air muka pihak Amerika, NATO dan Kerajaan Britain setelah insiden pencerobohan mereka di Iraq.

Jumaat lalu, ahli keluarga tentera Afghanistan menjalankan tunjuk perasaan menuntut penguduran pasukan tentera asing dari negara mereka.

Mereka juga menuntut untuk dibebaskan seorang pegawai tentera yang berpangkat Lans Koperal, Joe Glenton yang ditahan selepas enggan mengikuti misi ke Afghanistan semula. Sepucuk surat telah dihantar ke Perdana Menteri untuk mendesak dihantar semula anaknya ke negara mereka.

Sumber: pmram.org

No comments:

Post a Comment