Monday 3 December 2012

Munajat Perdana & Ceramah Isu Semasa anjuran SUARA



Pada 30 OKT 2012 yang lepas, suatu program telah dianjurkan oleh Gerakan Suara Rakyat (SUARA) iaitu program Munajat Perdana & Ceramah Isu Semasa bersama kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat di Dataran Hayyu Asyir. Program ini adalah yang julung kalinya menampilkan seorang non-Muslim sebagai salah seorang penyampai isu.

Panelis-panelis jemputan terdiri daripada:
1) Al-Fadhil Tuan Guru Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Majlis Syura Ulama’ PAS merangkap Ketua Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat.
2) Al-Fadhil Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi, Ketua Pemuda PAS Malaysia
3) Al-Fadhilah Ustazah Nuridah Mohd Salleh Timbalan 2 Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.
4) Encik N.Bala Subramaniam, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kebangsaan merangkap Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Pahang Darul Makmur.

Berikut adalah antara beberapa petikan pesanan yang telah disampaikan oleh panelis jemputan dari Malaysia iaitu Al-Fadhil Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi, Ketua Pemuda PAS Malaysia;

"Kalian mesti memastikan kepulangan kalian adalah pulang yang dinanti, kepulangan yang didamba."
"Pastikan setiap individu yang hadir hari ini dapat memimpin kebangkitan yang telah sedia berlaku."
"Kalian merupakan 'Rijaalu taghyir'."
"Fikirkan apa yang kita boleh bantu untuk kebangkitan di negara kita, supaya nanti kita tidak mengharap, merungut selain daripada doa yang merupakan jawapan yang popular yakni doa daripada belakang. Ramai yang akan menjawab saya akan tolong perjuangan Islam ini sekadar mampu iaitu ala kadar. Jawapan sebenar adalah saya akan membantu semampu mungkin."
"Dari dulu sampai sekarang kita asyik memberi sumbangan harta dan tenaga tetapi bila kita hendak berkorban? (At-Tadhiyyah)
"Contoh untuk mengukur nilai sebuah pengorbanan dan sumbangan; Contoh mudah, kita ada wang RM1, tetapi perbelanjaan harian kita memerlukan 80 sen untuk memastikan perut kita beralas, jadi kita akan bagi 20 sen. Kalau kita bagi 20 sen, itu hanyalah sumbangan saudara, saudara tak korbankan apapun."
"Kalau saudara hanya beri masa lapang, itu bukan berkorban, tetapi hanyalah sumbangan."


[KLIK] link untuk rakaman video ucapan oleh para panelis jemputan.

No comments:

Post a Comment