Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah melulus serta mengeluarkan lesen judi tersebut dan secara rasminya telah meng’anugerah’kan kepada Kumpulan BERJAYA semalam. Perkara ini amat dikesali kerana memandangkan sebelum ini banyak bantahan telah dibuat namun kerajaan seolah-olah sengaja mengambil sikap tidak peduli serta memandang lekeh pandangan yang telah dikeluarkan oleh bukan sahaja daripada golongan rakyat biasa malah turut disumbang oleh ahli agama.
DPPP amat kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan yang sebelum ini kononnya menjuarai isu arak dan moral ketika berkempen di Hulu Selangor pada Pilihan Raya Kecil P094 yang lalu. Dimanakah pendirian mereka yang sebelum ini begitu galak berdemonstrasi memperjuangkan kalimah ‘ALLAH’. Jelas Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN hanya menggunakan agama demi untuk kepentingan politik dan kononya mahu mendaulatkan Islam di Malaysia ini hanyalah sekadar retorik semata-mata.
Oleh itu, DPPP mendesak agar kerajaan segera mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen yang di keluarkan. DPPP juga menggesa supaya kerajaan lebih prihatin dengan umat Islam di Malaysia dengan membuat penyelidikan sebelum meluluskan sesuatu lesen.
Disediakan oleh
UST. AZMAN SHAPAWI ABD.RANI
Timb. KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
No comments:
Post a Comment