Wednesday 25 August 2010

ISU KHATIB DOA NAMA LIM GUAN ENG: JANGAN POLITIKAN MAJLIS FATWA


Isu katib Zakaria Ahmad telah dimanipulasi sehingga nimbulkan keresahan dalam masyarat . dalam soal ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kalut minta mufti mengeluarkan kenyataan rasmi atau fatwa berhubung peristiwa kahtib di beberapa buah masjid di p.pinang yang membaca doa kepada Lim Guan Eng.

Dalam soal ini, tindakan imam zakaria ahmad berdoa supaya ketua menterinya Lim Guan Eng mendapat hidayat daripada Allah swt tidak ada salahnya. Dalam sejarah Islam juga Pernah Rasulullah saw mendoakan kepada Allah supaya memberi hidayat kepada saidina Umar sebelum keislamannya. Semoga peristiwa yang berlaku di pulau pinang ini dengan berkat pengumpulan ratusan ahli jemaah masjid insyaAllah mudah-mudahan diperkenangkan oleh Allah swt.

Berkaitan isu ini sebenarnya UMNO sudah terdesak kerana sudah ketandusan isu pada masa sama mereka (UMNO) tidak putus-putus didedahkan pembongkaran demi pembongkar serta penyelewengan demi penyelewengan telah menghiasi landskap politik UMNO saat ini. Dalam keadaan terdesak ini mereka seumpama orang yang lemas, apa saja benda yang melintasi mereka baik kayu buruk, sampah, hatta najis pun mereka sanggup untuk berpaut dan bergantung.

Umno dinasihatkan supaya tidak mempolitikkan Majlis Fatwa. Anggota Majlis Fatwa mesti faham bahawa tujuan penubuhan majlis fatwa bukan untuk menjaga UMNO tetapi objektif utama Majlis Fatwa adalah menjada agama. UMNO seperti sedia maklum mereka tidak mengira apakah latar belakang sesuatu institusi tersebut, jika mereka mahu meperalatkan Majlis Fatwa tanpa segan silu mufti pun mereka perkudakan.

Dalam peristiwa lain UMNO sendiri telah banyak melanggar fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan apabila fatwa yang dikeluarkan terkena atas kepada mereka sendiri, tetapi apabila isu yang timbul menyebelahi mereka Majlis Fatwa menjadi mangsa kerakusan nafsu politik UMNO.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan politik jahat UMNO sebenarnya bukan untuk mempertahankan agama, tetapi UMNO lebih selesa melihat agama Islam di Negara ini berada di bawah naungan UMNO. Sebalik tidak berlaku pada PAS, kerana setiap tindakan dan keputusan PAS meletakkan ISLAM di tempat teratas dan utama.

No comments:

Post a Comment