Dapat berjuang di barisan Allah adalah satu anugerah daripada-Nya yang tidak semua orang di luar sana mendapat penganugerahan ini. Baik berada di atas atau di bawah kita adalah pejuang di barisan Allah. Tugas kita dengan pimpinan as-sam’u wa tho’ah.
Seseorang yang mempercayai dakwah itu dia hendaklah menyucikan hatinya daripada segala jenis penyakit yang boleh menghancurkan amalannya. Oleh itu, dengan bercita-cita mendapatkan posisi tertentu di sebalik komitmennya, dengan menawarkan diri untuk mendapatkan kedudukan dan jawatan tertentu adalah celaan dalam keikhlasan, amalan dan komitmennya. Meminta jawatan kepimpinan adalah Sesuatu yang bertentangan dengan kejujuran komitmennya. Di lembaran sejarah ramai anak muda yang menjadi teraju utama kelompok mereka tetapi mereka bukan mendesak untuk dilantik menjadi ketua.
Apa pun yang kita ada, setinggi mana pun kelayakan kita, walau banyak mana kemahiran kita, walau bakat apa pun yang kita pandai jangan sesekali menawarkan diri disamping merendah-rendahkan pimpinan yang sedia ada dalam meraih sesuatu jawatan. Bukan menolak mereka yang berjiwa besar tetapi ukurlah kemampuan diri sendiri yang masih muda berbanding orang-orang lama dalam pejuang yang pernah melalui 1001 pengalaman yang mematangkan mereka memikul amanah dan tanggungjawab.
Firman Allah s.w.t :
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al ‘Ankabuut: 2)
Kita belum teruji sebagaimana mereka orang-orang lama teruji. Jika kita sudah teruji sekali pun setakat mana sangat ujian yang kita lalui itu jika hendak diukur dengan orang-orang lama yang setiap masa bergelumang dengan halangan, tentangan dan rintangan.
Janganlah sesekali atas desakan nafsu kita mengeluarkan kenyataan pimpinan sekarang ini tak buat kerja, pimpinan sekarang ini lemah, pimpinan sekarang ini tak kuat dan banyaknya perancangan pencerahan yang kita ada berbanding mereka. Amat malang apabila kenyataan kita diketahui dan didengar oleh mereka. Terguris hati mereka mengenang akan ketidaksabaran kita dalam perkara ini. Biarlah mereka itu berlalu dulu baru kita persoalkan hal ini untuk menjaga hati banyak pihak.
Sebelum akhir ikutlah resam orang tua-tua dalam kepimpinan mudah-mudah ia dipermudahkan oleh Allah s.w.t dalam segala urusan:
1. Orang ramai menyokong dan mengangkat kita sebagai pemimpin2. Kita mampu menerima dan sanggup menanggung taklifan
3. Mempunyai kelebihan dari sudut ilmu dan pengalaman
Wallahu ‘alam
sepatutnya tunggu la orang angkat kita .. jangan kita angkat diri sendiri
ReplyDelete