Monday 21 June 2010

0039 - Orang jemaah mesti faham...


Admin tahu posting ini boleh menguriskan hati banyak pihak tapi demi kejernihan dan pemutihan intima’ sebuah gerakan Islam terulung di tanah melayu iaitu PAS admin ketepi semua itu kerna di sana ada kemaslahatan yang lebih dan patut diutamakan.


Jasa PAS kepada agama bangsa dan tanah air tidak dapat dinafikan lagi. Sejarah awal menuju kemerdekaan Tanah Melayu ramai tenaga ulama-ulama PAS berkerja meniup semangat anak watan mengusir penjajah. Sesuai dengan dasar perjuangan PAS Al-Quran dan As-Sunnah setiap langkah perjuang adalah ingin meletakkan Islam di tempat teratas dipermukaan bumi Malaysia.


Banyak perkara pihak kerajaan belajar dari PAS dan tidak kurang ideal-ideal bernas pendokong PAS dicetak rompak oleh kerajaan. Dengan ada PAS banyak isu-isu umat Islam dapat diatasi. Dengan ada PAS juga dapat mengekang keghairah musuh-musuh Islam membuat kefasadan dan kezaliman di atas muka bumi Allah ini.


Ditujukan khas artikel ini kepada sahabat-sahabat dari Hizbu Tahrir, Haluan JIM, ISMA dan kunco-kunconya)....


Tengah jemaah lain masih bertatih, PAS sudah bisa melompat jauh lebih syumul kedepan.


Tengah jemaah lain berusaha memperolehi sesuatu, PAS sudah lama memilikinya. Benda yang tiada dalam jemaah lain dalam PAS semua ada, apa yang ada dalam PAS kadang-kadang jemaah lain masih terkiar-kiar mengapainya.


Tengah jemaah lain belajar menghadapi ujian kecil perjuangan. Penyokong dan pendokong PAS sudah menghadapi pelbagai mehnah tribulasi dan demi perjuangan hatta sudah ada yang dibunuh.


Ribuan para ulama dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang berada dalam PAS


Apa yang jemaah lain baru perjuangkan sekarang ini, PAS sudah lama berperanan dan terus berperanan.


Kerancakkan mengrekrut ahli


Sudah dinamakan wadah tarbiyyah semestinya ada proses rekrut. Kadang sampai ada berlaku kes mencuri-curi ahli. Menjadi persoalannya ada sesetengah dari jemaah ini mereka mengrekrut ahli mereka supaya menjauhi PAS, untuk apa kerja-kerja macam ini? Sedangkan yang kita tahu PAS adalah sebuah gerakan Islam yang tulen di Malaysia. Mereka cuba mengecilkan peranan dan skop perjuangan PAS pada pandang ahli-ahli mereka. Pada masa sama mereka menonjol-nonjolkan kerja-kerja amal mereka di mata dunia.


Dalam kontek Negara hari ini masyarakat khususnya golong muda dihidangkan dengan pelbagai fikrah yang bersimpang siur. Kebimbangan ini cukup kuat di rasa di hati saya jika suatu masa nanti rakyat Malasia berkembang dengan pelbagai aliran pemikir serta ideologi yang tidak menang tangan kita untuk mengatasinya.


Kesedaran ini mesti bermula dari sini. Kepada pemimpin jemaah yang ada yang peranan lebih kurang perjuangannya dengan PAS, apa salah bergabung berada dalam satu bahtera dengan seorang nakhoda demi perjuangan suci ISLAM. Jangan disebabkan desakkan mencari kesenangan dunia yang sementara ini kita rosakan legasi perjuangan yang dipusakakan oleh pejuang-pejuang terdahulu kepada kita hari ini.


Di mana akhirnya


Kadang-kadang jemaah ini menjelmakan diri sebagai NGO. Apabila disebut NGO maka secara automatiknya bernaung di bawah kementerian atau jabatan tertentu. Apabila berada di bawah naungan jabatan atau kementerian maka dengan sendirinya banyak batas-batas serta protokol yang ketat yang menyempitkan peranannya yang sudah semestinya tidak sama dengan jemaah yang terlibat secara langsung dengan politik kenegaraan seperti PAS. Maka hak bersuara dalam menentukan dasar-dasar Negara di sini nampaklah PAS lebih terkedepan dan berperanan.


Persoalannya di manakah nokhtah akhir pejalanan jemaah meraka ini? Jika setakat membawa sumbang dan bantuan kepada warga palestin, PAS sudah berapa kali mengadakan pertemuan terus dengan HAMAS sekaligus meyampaikan bentuan tersebut sebagai contoh. Saya tidak nampak kewujudan jemaah-jemaah baru yang tumbuh bagai ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ ini untuk mencapai kegemilangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Apa yang ada dibicarakan “kemuncut dalam perjuangan” atau “melambatkan kemenangan Islam”


Satu masa depan yang buruk


Kepada pemimpin jemaah-jemaah yang berdengki dengan PAS dan menubuh jemaah sendiri. Nah kamu tanggunglah dosa sampai hari kiamat. kamu semua tidak layak digelar pejuang Islam. Engkau sebenarnya perosak dan pengkhianat kepada sebuah gerakan Islam sedia ada iaitu PAS. Apa salah jika bergabung dan berjuang bersama PAS. Tapi kamu semua tipu bagai ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘duri dalam daging’ kamu cipta ‘mesyuarat selepas mesyuarat’ kerja sama kamu dengan PAS penuh kepura-puraan, tunggulah murka Allah s.w.t.


Tidak ubah zaman jahiliyyah abu jahal dan kuncu-kuncunya. Mereka mengakui kebenaran Nabi Muhammad sebagai nabi yang diutuskan tapi disebabkan jawatan kepimpinan, habuan dan sogokkan dunia mereka sayang untuk meninggalkan semua itu dan menerima PAS dan duduk di bawah satu ketua dengan satu intima’. Kerana apabila berada dalam PAS terpaksa jadi orang bawahan balik dan jawatan yang tinggi dalam jemaah mereka itu terpaksa dilupakan itu saja yang persoalan pokok yang bermain dalam kepala pejuang-pejuang yang cintakan dunia ini.


Terbaru muncul pula IKRAM, entah dari jemaah mana semua ini karut dan sesat belaka. Semua jemaah-jemaah ini lahir bukan untuk menegakkan Islam tapi kewujudannya untuk melunaskan dendam tidak puas hati kepada jemaah Islam yang lain lantas memusuhinya.


Sekarang ini musuh Islam berpeluk tubuh tidak berkerja kerana kerja-kerja musuh Islam memecah-belah kesatuan orang Islam dengan mempelbagai dan memperbanyakkan jemaah diambil alih tugas ini oleh orang Islam itu sendiri. Mereka (orang kafir) ketawa dari jauh melihat kedurjanaan yang berlaku. Satu masa depan yang buruk bagi masyarakat melayu jika fenomena ta’adud jemaah atau ‘plural jemaah’ tidak dibanteras dari sekarang.


1 comment:

  1. Ikhwah, mereka(HALUAN, IKRAM mahupun ISMA) ialah satu front mahupun wajihah dakwah mereka di Malaysia

    Allah izin IKRAM telahpun diberi mandat sebagai wakil rasmi Ikhwan di Malaysia pastinya akan menjalinkan hubungan baik dengan PAS memandangkan polisi umum Ikhwan itu sendiri dari segi hubungan diplomatiknya bersama PAS

    hubungan baik PAS dan Ikhwan memberi kesan kepada hubungan baik antara IKRAM, HALUAN dengan PAS

    maka saya memohon agar hubungan ini mampu dijernihkan dengan sebaiknya dengan menjauhi zhon dan pelabagai persepsi yang pastinya sebahagian dari tuntuan iman keatas kita

    PAS mempunyai asolahnya tersendiri yang sepatutnya dipelajari oleh gerakan Ikhwan sebagaimana PAS dengan tokoh-tokohnya seperti Al-Marhum Ustaz Hassan Syukri, Ustaz Daud Iraqi yang mendapat pentarbiahan langsung dan berada dalam usrah Ikhwan di Iraq

    mereka mencorak identiti PAS agar ianya mempunyai model tarbiah Ikhwan tanpa menafikan asolah PAS

    dan mereka wahai ikhwah, ada hubungan yang baik dengan seorang kader dan akh yang memulakan sendiri manhaj dan gerakan Ikhwan di Malaysia ini sekitar tahun 75'an setelah Allah izin akh tersebut diberi mandat memegang portofolio sebagai YDP ABIM Perlis memandang dia ialah mas'ul mereka di Iraq

    bukanlah dia, akh tersebut tidak mahu memasuki PAS, namun kerana janjinya pada murabbinya di Iraq untuk memulakan sendiri dakwah dan tarbiah di Malaysia dengan kata-kata " anta kalau balik Malaysia tapi tak buat kerja-kerja ini anta berdosa "

    selain dari keyakinan dia pada manhaj Ikhwan

    Ustaz Hassan Syukri, Ustaz Daud Iraqi, Ustaz Hashim Jasin pasti memahami tindakan akh tersebut dan pasti menjalinkan hubungan yang baik dengan akh tersebut

    maka janganlah kita pula yang tidak merasai dan memahami ini, mengeruhkan tidakan tersebut

    moga Allah kuatkan ikatan antara hati-hati ini dan berikan kemenangan dakwah di Malaysia
    Ameen

    ReplyDelete