Thursday 29 July 2010

Jemaah saya lebih IKHWAN

Satu fenomena buruk telah menyerang pemikiran anak-anak muda yang mencari-cari platform tarbiyyah kadang-kadang menyebabkan mereka tersalah dalam membuat pilihan berintima dengan jemaah. Pada pandangan mereka hanya jemaah yang lebih Ikhwan (tarbiyyah secara langsung dari Ikhwan Muslimin) perlu diberi wala dan taat setia kepada jemaah serta kepimpinannya.

Saya merasakan ini adalah satu penyelewengan yang perlu sama-sama kita fahami dan perbetulkan. Pada fahaman saya jemaah yang ‘lebih Islam’ patut kita semua sanjung dan dokong bukan ‘lebih ikhwan’. Kita tidak nafi jemaah Ikhwan Muslimin antara jemaah terawal bangkit setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah Turki. PAS sendiri banyak mengambil maklumat dari ikhwan. Tetapi jangan kita lupa IKHWAN juga dalam beberapa perkara belajar daripada PAS contoh kalau dulu Ikhwan Muslimin tidak terlibat dan menolak pilihanraya, tetapi setelah melihat PAS berjaya membukti dengan menyertai politik itu dapat memberi sedikit nafas kepada Islam. Akhirnya Ikhwan Muslimin mengambil langkah sebagaimana PAS melaluinya.

Bukan gerakan Ikhwan sahaja belajar daripada PAS, Gerakan Islam Pakistan juga sabang tahun turut mengundang ahli Gerakan Islam Malaysia iaitu daripada PAS untuk mengetahui bagaimana cara PAS berjaya menubuhkan rangkaian pra-sekolah iaitu Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) di seluruh Negara. Banyak lagi aktiviti dan manhaj tarbiyyah PAS sedang diteliti keberkesanan dan kesungguhan PAS menegakkan Islam di bumi Malaysia oleh Gerakan Islam dari seluruh dunia.

Tidak mustahil suatu hari nanti apabila PAS dapat memerintah Malaysia dan membina sebuah Negara Islam sekaligus menjadi contoh kepada gerakan Islam lain di seluruh dunia.

Saya bangga menjadi ahli jemaah PAS kerana PAS melebihkan Islam bukan melebihkan Ikhwan dan saya menolak sekeras-kerasnya orang yang berintima dengan jemaah yang melebih-lebihkan Ikhwan bukan melebih-lebihkan Islam.

2 comments:

  1. saya sokong PAS kerana dasar PAS yang mahu agama Allah diletakkan sesuai di tempatnya yang tertinggi.
    kalaulah suatu hari dasar ini hilang, atau PAS sendiri terkubur, maka usaha menegakkan ketinggian Islam ini tetap akan diteruskan. walaupun tanpa PAS.

    ReplyDelete
  2. biasa bdak2 isma guna dalil ini tuk tarik ahli baru kepada mereka.. mereka (isma) sengaja menonjol-nonjolkan mereka lebih ikhwan

    ReplyDelete