Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu BERTAQWA. (baqarah:183)
Alhamdulillah.. Sekali kita semua ditemukan lagi bulan paling mulia bagi kita orang Islam iaitu bulan Ramadhan. Pada bulan ini bermula sejarah penurunan Al-Quran yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan al-Quran juga sebagai keterangan-keterangan yang menjelaskan atau membezakan antara yang benar dengan yang salah. Di wajibkan bagi kita pada bulan ini berpuasa. Natijah atau objektif kepada puasa adalah TAQWA sebagaimana disebut dalam ayat di atas. Hakikat taqwa diterjemahkan dengan pelbagai maksud oleh para bijak pandai Islam. Saidina Ali karramallahuwajhah menghuraikan taqwa sebagaimana berikut:
Maksudnya: senantiasa takut kepada Allah, senantiasa redha dengan pemberian Allah, sentiasa beramal dengan apa yang diturunkan oleh Allah, dan bersedia menuju hari ar-rahim.
Sebagai manefestasi dari objektif puasa cendikiawan ada menyebut:
Para solihin cukup tidak sabar menanti kehadiran bulan yang penuh ganjaran ini. Pada masa sama mereka menangis pada akhir ramadhan kerana bulan yang penuh barakah ini akan pergi dan belum pasti mereka akan bertemu lagi dengan bulan ini buat sekian kalinya.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah saw: barang siapa yang bangun (berqiamullail) di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah maka diampu dosanya yang telah lalu.
Kesan Puasa
Daripada Abdullah bin mas’ud r.a berkata: telah bersabda Rasulullah saw: wahai pemuda sesiapa dikalangan kamu mampu untuk berkahwin maka berkahwinlah sesungguhnya ia boleh menundukkan padangan kamu, boleh menjaga kehormatan diri, dan barang siapa yang tidak berkemampuan maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu adalah perisai/benteng.
walaupun Hadis di atas berkaitan dengan kahwin tetapi ia ada kaitan dengan apa yang kita bincangkan kerana disebutkan dalam hadis ini bagi sesiapa yang tiada berkemampun untuk berkahwin sementara untuk menjaga kehormatan diri serta menundukkan pandangan maka Nabi Muhammad saw menyuruh kita berpuasa. Timbul persoalan kenapa di suruh berpuasa kenapa tidak disuruh melakukan ibadat lain selain puasa?
Para ulama yang membahas hadis ini menyatakan rahsia puasa itu BENTENG atau PERISAI menjaga kebuasan syahwat. Dinyata di dalam kitab bahawa puasa seumpama seperti kita mengerat dua testis dalam istilah lain dipanggil kasi.
Lailatul Qadar
Kembali kepada tajuk pembincangan iaitu lailatul qadar dan keistimewaannya lebih baik dari seribu bulan. Seribu bulan jika dikira-kira bererti 83 tahun lebih kurang. Satu penganugerahan yang cukup besar daripada Allah kepada umat Nabi Muhammad saw kerana kita sedia maklum jarang-jarang sekali kita mendengar orang-orang tua kita dapat umur bonus ini daripada Allah swt. Nabi Muhammad saw pernah bersabda bahawa umur bagi setiap umat baginda hanya sekitar 70 tahun ke bawah dan tidak lebih. Jika lebih juga itu adalah pemberian bonus daripada Allah swt. Sekalipun menjangkau umur 100 tahun tetapi belum tentu sama darjatnya dengan orang-orang yang diberi kemuliaan oleh Allah swt untuk bertemu dengan malam lailatul qadar ini.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Al-Qadr:1-5)
Habibuna Nabiyullah Sayyidina Muhammad saw ada berpesan malam lailatul qadar itu akan berlaku pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh akhir ramadhan. Pun begitu ada ulama membahaskan kadang-kadang berlaku juga lailatu qadar ini pada 10 awal ramadhan. Sebagai langkah berjaga-jaga baiklah kita lipat gandakan ibadat kita seperti zikir, baca quran, solat terawih, memperbanyakkan amaln sunat, tahajjud, bersedekah, mengajurkan iftor dan sebagainya bermula dari awal ramadhan lagi kerana lailatul qadar itu rahsia milik Allah swt. Contoh rahsia yang lain Allah swt menyembunyikan salah satu dari 99 nama-Nya jika di gunakan dalam doa kita ia pantas dimakbulkan. Allah swt menyembunyikan satu waktu pada hari jumaat(seharian hari jumaat tidak pasti bila waktunya) juga sebagai dikabulkan segala permintaan hamba-Nya.
Dalam kitab I’anatul Tolibin ada menukilkan beberapa sifir atau petua yang telah diajar oleh Imam Al-Ghazali bagaimana kita mahu mengenal pasti lantas berusaha mencari malam yang diidamkan itu. Seorang ulama telah membuat pengakuan bahawa setelah beliau mengikuti petua atau sifir yang di ajar oleh Imam Al-Ghazali ini setiap kali ramadhan datang beliau sentiasa dapat bertemu dengan malam yang mulia ini bermula dari beliau baligh sampailah dewasa ‘tak pernah miss’. Sifirnya begini jika awal ramadhan jatuh pada hari:
AHAD @ RABU – malam lailatul qadar diramal akan berlaku pada malam 29
ISNIN – malam lailatul qadar diramal akan berlaku pada malam 21
SELASA @ JUMAAT – malam lailatul qadar diramal akan berlaku pada malam 27
KHAMIS – malam lailatul qadar diramal akan berlaku pada malam 25
SABTU – malam lailatul qadar diramal akan berlaku pada malam 23
Wallahu a’lam…

الخوف من الجليل ورضا بالقليل والعمل بالتنزيل والإستعداد باليوم الرحيم
Maksudnya: senantiasa takut kepada Allah, senantiasa redha dengan pemberian Allah, sentiasa beramal dengan apa yang diturunkan oleh Allah, dan bersedia menuju hari ar-rahim.
Sebagai manefestasi dari objektif puasa cendikiawan ada menyebut:
كن ربانية ولا تكن رمضانية
Para solihin cukup tidak sabar menanti kehadiran bulan yang penuh ganjaran ini. Pada masa sama mereka menangis pada akhir ramadhan kerana bulan yang penuh barakah ini akan pergi dan belum pasti mereka akan bertemu lagi dengan bulan ini buat sekian kalinya.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ماتقدم من ذنبه
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah saw: barang siapa yang bangun (berqiamullail) di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah maka diampu dosanya yang telah lalu.
Kesan Puasa
وعن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: قال لنا رسول الله (ص): يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر، واحصن للفرج ، ومن لم يستطع فعليه بالصوم ، فإنه له وجاء – متفق عليه.
Daripada Abdullah bin mas’ud r.a berkata: telah bersabda Rasulullah saw: wahai pemuda sesiapa dikalangan kamu mampu untuk berkahwin maka berkahwinlah sesungguhnya ia boleh menundukkan padangan kamu, boleh menjaga kehormatan diri, dan barang siapa yang tidak berkemampuan maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu adalah perisai/benteng.
walaupun Hadis di atas berkaitan dengan kahwin tetapi ia ada kaitan dengan apa yang kita bincangkan kerana disebutkan dalam hadis ini bagi sesiapa yang tiada berkemampun untuk berkahwin sementara untuk menjaga kehormatan diri serta menundukkan pandangan maka Nabi Muhammad saw menyuruh kita berpuasa. Timbul persoalan kenapa di suruh berpuasa kenapa tidak disuruh melakukan ibadat lain selain puasa?
Para ulama yang membahas hadis ini menyatakan rahsia puasa itu BENTENG atau PERISAI menjaga kebuasan syahwat. Dinyata di dalam kitab bahawa puasa seumpama seperti kita mengerat dua testis dalam istilah lain dipanggil kasi.
Lailatul Qadar
Kembali kepada tajuk pembincangan iaitu lailatul qadar dan keistimewaannya lebih baik dari seribu bulan. Seribu bulan jika dikira-kira bererti 83 tahun lebih kurang. Satu penganugerahan yang cukup besar daripada Allah kepada umat Nabi Muhammad saw kerana kita sedia maklum jarang-jarang sekali kita mendengar orang-orang tua kita dapat umur bonus ini daripada Allah swt. Nabi Muhammad saw pernah bersabda bahawa umur bagi setiap umat baginda hanya sekitar 70 tahun ke bawah dan tidak lebih. Jika lebih juga itu adalah pemberian bonus daripada Allah swt. Sekalipun menjangkau umur 100 tahun tetapi belum tentu sama darjatnya dengan orang-orang yang diberi kemuliaan oleh Allah swt untuk bertemu dengan malam lailatul qadar ini.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Al-Qadr:1-5)
Habibuna Nabiyullah Sayyidina Muhammad saw ada berpesan malam lailatul qadar itu akan berlaku pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh akhir ramadhan. Pun begitu ada ulama membahaskan kadang-kadang berlaku juga lailatu qadar ini pada 10 awal ramadhan. Sebagai langkah berjaga-jaga baiklah kita lipat gandakan ibadat kita seperti zikir, baca quran, solat terawih, memperbanyakkan amaln sunat, tahajjud, bersedekah, mengajurkan iftor dan sebagainya bermula dari awal ramadhan lagi kerana lailatul qadar itu rahsia milik Allah swt. Contoh rahsia yang lain Allah swt menyembunyikan salah satu dari 99 nama-Nya jika di gunakan dalam doa kita ia pantas dimakbulkan. Allah swt menyembunyikan satu waktu pada hari jumaat(seharian hari jumaat tidak pasti bila waktunya) juga sebagai dikabulkan segala permintaan hamba-Nya.
Dalam kitab I’anatul Tolibin ada menukilkan beberapa sifir atau petua yang telah diajar oleh Imam Al-Ghazali bagaimana kita mahu mengenal pasti lantas berusaha mencari malam yang diidamkan itu. Seorang ulama telah membuat pengakuan bahawa setelah beliau mengikuti petua atau sifir yang di ajar oleh Imam Al-Ghazali ini setiap kali ramadhan datang beliau sentiasa dapat bertemu dengan malam yang mulia ini bermula dari beliau baligh sampailah dewasa ‘tak pernah miss’. Sifirnya begini jika awal ramadhan jatuh pada hari:
AHAD @ RABU – malam lailatul qadar diramal akan berlaku pada malam 29
ISNIN – malam lailatul qadar diramal akan berlaku pada malam 21
SELASA @ JUMAAT – malam lailatul qadar diramal akan berlaku pada malam 27
KHAMIS – malam lailatul qadar diramal akan berlaku pada malam 25
SABTU – malam lailatul qadar diramal akan berlaku pada malam 23
Wallahu a’lam…
No comments:
Post a Comment