KAHERAH: Seramai 41 juta rakyat Mesir yang layak mula mengundi dalam pilihan raya umum semalam, yang dicemari dengan tindakan keras pihak berkuasa terhadap pergerakan pembangkang utama dan media bebas, serta keengganan kerajaan membenarkan pemantauan antarabangsa.
Parti memerintah Parti Demokratik Kebangsaan (NPD) yang dipimpin presiden Hosni Mubarak dijangka mengekalkan penguasaan 508 kerusi di parlimen yang dipertandingkan.
Lebih 1,000 penyokong kumpulan Ikhwanul Muslimin ditangkap sepanjang kempen pilihan raya, tindakan paling keras diambil kerajaan untuk menutup mulut pengkritik sejak Mubarak mula mendapat kuasa hampir 30 tahun lalu.
Ketika kempen diadakan, polis dan kumpulan bersenjata mengganggu majlis ceramah Ikhwanul dan dalam satu kes menyerang ahli parlimen kumpulan pembangkang itu.
Bagaimanapun, Ikhwanul tetap mensasarkan memenangi 30 peratus daripada kerusi dewan rendah, berbanding 20 peratus dimenanginya pada 2005, iaitu pencapaian terbaik kumpulan itu dalam sejarahnya.
Namun penganalisis tidak menjangka sasaran itu dapat dicapai berikutan hasrat kerajaan mahu mengurangkan suara pengkritik di parlimen sebelum pilihan raya presiden tahun depan.
Pilihan raya umum yang menyaksikan 508 kerusi dipertandingkan termasuk 64 dikhaskan untuk wanita mungkin akan menjadi ujian bagaimana kerajaan mengendalikan pilihan raya presiden yang penting.
Mubarak, 82, yang berkuasa sejak 1981 belum menyatakan sama ada akan bertanding sekali lagi. Selepas menjalani pembedahan pundi hempedu Mac lalu, spekulasi mula tercetus bahawa beliau akan berundur.
Jika beliau berbuat demikian, rakyat Mesir bakal menyaksikan anak Mubarak, Gamal, 46, yang juga Ketua Dasar Parti Demokratik Kebangsaan (NPD) menggantikannya. – AP
Sumber: BHarian

No comments:
Post a Comment