Tuesday, 30 November 2010

Penyokong Ikhwanul Muslimin anjur protes

Anggota polis Mesir menembak gas pemedih mata ke arah penyokong calon ikhwanul muslimin yang mengadakan tunjuk perasaan di Kaherah sebagai membantah pilihan raya parlimen mesir, kelmarin. - AP



KAHERAH 29 Nov. - Beratus- ratus penyokong Ikhwanul Muslimin mengadakan bantahan di luar pusat-pusat pengiraan undi di beberapa bandar utama, bergelut dengan polis dan mengecam apa yang mereka dakwa sebagai penipuan meluas dalam pilihan raya Parlimen di Mesir, ketika kerajaan dilihat mengukuhkan lagi penguasaan ke atas perundangan.

Bantahan di Kaherah dan Iskandariah, bandar pesisiran Laut Mediterranean, menutup hari pengundian dengan ramai pemantau bebas dilarang memasuki pusat pengundian ketika timbul laporan mendakwa berlaku penipuan dan pembelian undi.

Di beberapa tempat lain, calon kerajaan secara terang-terangan memberi wang dan makanan kepada pengundi berhampiran pusat pengundian.

Pilihan raya Parlimen, semalam menimbulkan persoalan mengenai pemilihan Presiden yang dijadual diadakan pada tahun depan, yang telah berlarutan hampir 30 tahun lalu.

Presiden Hosni Mubarak, 82, mengalami masalah kesihatan dan menjalani pembedahan awal tahun ini tetapi parti beliau menyatakan beliau akan bertanding untuk satu lagi penggal selama enam tahun.

Rakyat Mesir semakin lantang menyuarakan rasa kurang senang dengan kenaikan harga barangan, gaji yang rendah dan masalah pengangguran serta kemiskinan ketika perkembangan ekonomi hanya menguntungkan golongan rakyat kelas atasan.

Kira-kira 1,200 penyokong Ikhwanul Muslimin ditangkap menjelang penundian semalam dan menyaksikan perarakan kempen pembangkang diganggu pasukan keselamatan. - AP

Sumber: utusan.com

No comments:

Post a Comment