Tuesday 14 December 2010

Amal Tarbawi di Kota Suci

1. Alhamdulillah , sekali lagi Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Ekonomi dan Akademi Tarbiyyahnya dengan kerjasama Al Quds Travel merintis satu lagi siri Amal Tarbawi dan kini memilih Masjidil Haram di Kota Suci Makkah al Mukarramah dan Masjidin Nabawi di Madinah al Munawwarah setelah berjaya menganjurkan Ijtimak Tarbawi Peringkat Kebangsaan di Masjid Rusila Terengganu baru - baru ini.

2. Membawa matlamat dan cita - cita besar untuk melahirkan Pemuda Ansoorullah, Dewan Pemuda PAS Malaysia konsisten dengan usaha membina serta mendidik [ mentarbiyah ] anggotanya dan anak - anak muda yang cintakan perjuangan ini agar mereka memiliki kualiti pejuang yang unggul dan hebat sebelum tampil sebagai pemimpin masa depan mengemudi Gerakan Islam [ PAS ] di Malaysia ini .

3. Peluang untuk mengambil skima pentarbiyyahan secara lebih praktikal yang menggabungkan keutuhan fizikal dan kemantapan spiritual jua kejituan mental ini perlulah direbut oleh setiap pemuda terutama bagi mereka yang telah menyertai Ijtimak Tarbawi , justeru ini adalah kesinambungan secara tidak langsung untuk lebih memantapkan pentarbiyahan yang telah dilalui sebelum ini.

4. Kesempatan yang sama , peserta akan berpeluang mengerjakan Umrah dan menziarahitempat - tempat bersejarah sekaligus membawa peserta Amal Tarbawi kali ini lebih dekat dengan perjuangan yang diasaskan oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya rhm. 5. Dewan Pemuda PAS Malaysia mensasarkan 400 orang peserta [ terbuka kepada semua pemuda dan pemudi ] dan ia akan dipimpin oleh al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man , Al Fadhil Ustaz Nasrudin bin Hassan at Tantawi , al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani , al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh , beberapa EXCO DPP Malaysia. [ Pihak Akademi Tarbiyah sedang mengusahakan al Fadhil Ustaz Azhar Idrus insyaallah ] .

6. Harga pakej untuk peserta UMRAH TARBAWI kali ini yang akan berlangsung pada 11 - 22 March 2011 adalah serendah RM 5490 sahaja per individu . Tempat menginap kelak ialah di Fairuz Group Hotel untuk Madinah al Munawwarah dan Hotel As Saraya Group , Anwar Diyafah , Karam Diyafah untuk Makkah al Mukarramah .

7. Kepada peserta yang berminat boleh hubungi :[ www.umrahtarbawi.com ] Helmi 019 919 4477Ust Hasri 019 939 8200ust Razki 019 939 8100

8. Syarat , Terma dan Catatan : Pembayaran penuh ke akaun Maybank Al Quds Travel SDN BHD : 55303 - 800 - 5470 sebelum 31 january 2011.
  • Tarikh penerbangan , tempoh , penginapan , aturcara adalah tertakluk kepada perubahan semasa
  • Penerbangan akan ditentukan oleh al Quds Travel Sdn BhdZiarah tempat bersejarah madinah , makkah dan Hudaibiah
  • Harga adalah tidak termasuk tiket penerbangan domestikSetiap kumpulan diiringi pimpinan Dewan pemuda PAS Malaysia
  • Perlindungan Insurans takaful IkhlasKursus Umrah disediakan.
9. Penyertaan UMRAH TARBAWI adalah terbuka kepada semua dan keutamaan diberikan kepada pemuda dan pemudi.

No comments:

Post a Comment