Wednesday, 22 December 2010

JAKIM Perlu Pantau Kegiatan "GAY" Bukan Hanya Blog


KENYATAAN MEDIA
JAKIM PERLU PANTAU KEGIATAN “GAY” BUKAN HANYA BLOG

Kenyataan di dalam Sinar Harian 19 Disember baru-baru ini melaporkan semua perkara yang menyentuh soal agama dan akidah umat Islam di Negara ini akan sentiasa dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk laman blog gay Islam yang semakin dikatakan semakin berleluasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengatakan pemantauan yang dibuat dilakukan secara berterusan bagi membendung hal yang berkaitan dengan agama Islam yang mampu memesongkan akidah masyarakat Islam.

Berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom ini, saya meminta kepada seluruh Jabatan Agama Islam di semua peringkat untuk bertindak memantau kegiatan “gay” yang semakin berleluasa di Malaysia. Setakat ini, kita selaku rakyat Malaysia masih belum pernah mendengar mana-mana masjid di Malaysia diberikan teks khutbah mengenai keburukan gay dan impaknya kepada Negara.


Dewan Pemuda PAS juga mendesak agar pihak-pihak berwajib memantau premis-premis yang dimiliki oleh golongan ini. Selain itu, pihak JAKIM sepatutnya perlu memantau segala jenis hiburan yang terdapat di Negara kita. Kita terkejut apabila “icon” gay yang baru-baru ini dibenarkan untuk membuat konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil. Lebih memeranjatkan sudah ada kegiatan yang cuba menonjolkan budaya “gay” kepada masyarakat melalui filem seperti filem “ Anu dalam botol “.

Justeru, saya mewakili Dewan Pemuda PAS meminta kepada pihak JAKIM dan seluruh Jabatan- jabatan Agama Islam Negeri untuk kita bersama-sama membanteras budaya yang tidak sihat lagi dimurkai Allah swt ini. Dewan Pemuda PAS juga bersedia untuk membantu bagi membanteras
kemungkaran ini.

Nasrudin Hasan
Ketua Pemuda PAS Malaysia

Sumber : pas.org

No comments:

Post a Comment