Friday, 17 December 2010

Mampukah Najib sumbang 1/3 simpanan untuk Umno?

Siapa pula yang gatal mulut bertanya begitu? Takkanlah dia pulak nak buat sumbangan untuk partinya. Mana ada dalam sejarah presiden Umno beri sumbangan untuk parti. Songlap 1/3 duit parti, mungkin.

Soalan tadi berkaitan dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang hendak menyumbangkan 1/3 daripada wang simpanannya kepada parti PAS bagi memantapkan lagi parti dalam memperjuangkan Islam."Orang tuduh saya kerana benci dengan saya terus memperjuangkan Islam. Tapi, walau apapun, asal kita ini berada pada landasan yang benar, Allah tetap bantu kita dengan kebenaran." ujar Tuan Guru Nik Aziz.

Kalau sebelum ini, beliau dituduh dengan rasuah,kemudian dibebaskan daripada tuduhan itu oleh SPRM, kenyataan terbaru Tuan Guru itu merupakan bukti kukuh bahawa beliau tidak memandang dan mengharapkan kepada harta dunia sebagaimana pimpinan Umno.

Sumbangan Tuan Guru itu juga dilihat bertepatan dengan 'Tabung Buluh untuk PAS' yang disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyeru semua pemimpin dan ahli PAS seluruh negara mempersiapkan parti itu menghadapi pilihanraya umum akan datang ini.

Ha, siapa kata pimpinan dan ahli Umno boleh membuat perkara yang sama?

Sumber : AJIJOI

No comments:

Post a Comment