Parti Islam Se-Malaysia mengharapkan Timbalan Perdana Menteri jangan melatah tidak tentu fasal berkenaan dengan janji RM500 sebulan kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat. PAS berasa pelik seorang Timbalan Perdana Menteri mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menaikkan gaji guru-guru di negeri Pakatan Rakyat.
Iltizam Pakatan Rakyat kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, bukannya sekarang. PAS mengharapkan Tan Seri Muhyiddin tolong perhatikan ayat-ayat yang terkandung dalam buku jingga yang telah diedar di Konvensyen Pakatan Rakyat 19/12/2010. Jangan terlalu gelabah sehingga terlalu emosi dalam membuat kenyataan. Selaku Timbalan Perdana Menteri beliau tentu lebih arif dalam hal kewangan negara dan bidang kuasa kuasa pendapatan negeri yang terlalu kecil, jangan beliau bercakap macam ketua cawangan Umno sahaja.
Gambar Hiasan
Kenapa perlu takut dengan janji Pakatan Rakyat? Janganlah buat tuduhan yang tidak menentu. Pakatan Rakyat hanya berjanji untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan meletakkan rakyat di tempat yang sepatutnya setelah 53 tahun rakyat dipinggirkan. Sekarang ini pun dengan kekangan kewangan negeri, Pakatan Rakyat telah membuat yang terbaik untuk rakyat, seperti skim kifalah, air percuma, bantuan pendidikan. Pakatan berjanji pada guru-guru untuk peringkat awal, insyaAllah selepas ini semua kakitangan awam akan diambil perhatian juga. Pakatan Rakyat mengambil tindakan awal untuk guru-guru sebagai satu penghargaan dan pengorbanan mereka mendidik rakyat di negara ini.
PAS menasihatkan Tan Sri Muhyiddin dapat turun ke bawah, memerhatikan bagaimana beban guru-guru yang berat , jangan hanya mendesak guru-guru melakukan macam-macam tugas. Guru bukan sahaja mengajar, malahan mereka juga sebagai kerani, bendahari, ambulan untuk hantar murid- sakit dan sebagainya. Sebab itulah Pakatan Rakyat beriltizam untuk membela guru-guru dahulu.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sumber : pas.org
No comments:
Post a Comment