KENYATAAN MEDIA
21 MUHARRAM 1432 / 27 DISEMBER 2010
TAHNIAH MAJLIS PERWAKILAN PAS LUAR NEGARA
Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) merakamkan ucapan tahniah kepada PAS Representative Council of UK & Eire (Majlis Perwakilan PAS Luar Negara) diatas perasmian penubuhannya kelmarin oleh YB Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Majlis Perwakilan PAS Luar Negara yang di ketuai oleh Ir. Jupri Bade seorang jurutera kanan di Manchester pada 26 Disember 2010 membuktikan PAS semakin di terima oleh para professional dan ilmuan Malaysia di luar Negara.
Dengan keahlian permulaan seramai 100 orang sudah cukup untuk membuktikan kepada masyarakat dan rakyat Malaysia bahawa sememangnya PAS sudah bersedia bersama Pakatan Rakyat untuk ke Putrjaya. Ianya juga merupakan bukti bahawa PAS tidak ketandusan pelapis untuk mengisi ruang-ruang kepimpinnya disamping bersedia untuk mengisi ruang dalam kerajaan Pusat dan negeri sekiranya diberi peluang untuk memerintah Malaysia nanti.
Penubuhan Majlis Perwakilan PAS Luar Negara yang keahliannya terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang bersedia untuk menerima PAS sebagai wadah perjuangan Negara. Terdiri daripada ahli –ahli professional, teknokrat dan mereka yang berkerjaya di United Kingdom dan Ireland adalah diharapkan Majlis Perwakilan PAS Luar Negara ini akan menjadi Duta Kecil PAS diluar Negara dimana ianya akan berpusat di United Kingdom.
PAS sememangnya telah lama bertapak di luar Negara melalui hubungannya dengan gerakan-gerakan Islam antarabangsa disamping hubungan antarabangsanya melalui Lajnah Antarabangsanya. PAS yang selama ini telah dikenali oleh dunia melalui penyertaannya dalam persidangan-persidangan, program-program kemanusiaan, ekonomi dan sosial. Kelantangan PAS dalam membawa isu-isu antarabangsa juga mendapat pengiktirafan dari pelbagai Negara luar dan juga dari gerakan-gerakan Islam antarabangsa. Isu Palestin umpamanya, adalah isu yang telah lama diperjuangkan PAS sejak penubuhannya sehingga ke hari ini.
Kesungguhan PAS membawa isu Palestin sehingga ada pemimpin PAS yang ditahan oleh British seperti Prof Burhanuddin Al-Helmy dan oleh kerajaan Malaysia sendiri dalam bantahan anti-kriket Israel dimana menyaksikan Dato Mahfuz Omar dan Haji Salahudin Ayub di penjarakan kerana mempertahankan prinsip ummat Islam Malaysia. Begitu juga isu-isu umat Islam yang lain seperti isu Kashmir, Mindanao, Selatan Thailand, Rohingya di Burma, Chenya di Rusia dan Xianjing di China. Peranan aktif PAS dalam menjaga hak bukan Islam juga di hargai dunia apabila kejayaan PAS menubuhakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) telah membuktikan kepada dunia bahawa Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sememangnya adil dan sesuai dikongsi bersama bukan Islam.
Adalah diharapkan Majlis Perwakilan PAS UK Ireland ini akan Berjaya membawa mesej PAS kepada rakyat Malaysia di luar Negara dan benar-benar menjadi DUTA PAS di arena antarabangsa dalam memperkenalkan dan mewakili PAS dalam isu-isu dan hubungan luar PAS.
Disediakan oleh;
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Pengerusi Lajnah Antarabangsa
Dewan Pemuda PAS Pusat
Sumber : pas.org
No comments:
Post a Comment