1. Alhamdulillah . Segala puji bagi Allah swt tatkala meraikan kegembiraan bersama seluruh rakyat Malaysia diatas kemenangan membawa pulang Piala Suzuki buat pertama kalinya menewaskan Indonesia dengan aggregat 4 - 2 . Syabas buat keseluruhan wira negara yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada sukan bolasepak antarabangsa sekurang - kurangnya diperingkat asean.
2. Pengamatan saya , mutu permainan skuad bolasepak negara kini mempunyai peningkatan taktikal yang baik dan cukup berpotensi untuk terus meningkat di peringkat antarabangsa. Kepercayaan FAM yang diberikan kepada pemain - pemain pemuda negara disamping pendedahan latihan diperingkat antarabangsa amat berbaloi.
3. Tahniah ! itulah yang boleh saya katakan bagi mewakili seluruh warga Pemuda PAS Malaysia yang turut berkongsi bangga dan gembira dengan skuad pasukan bolasepak negara setelah mereka selama ini sering menjadi mangsa kritikan ekoran persembahan dan kualiti permainan yang merosot.
4. Kini pasukan Malaysia berpotensi untuk bangkit dan mara lebih jauh di peringkat antarabangsa. Saya juga mengharapkan agar kejayaan ini menjadi inspirasi buat pasukan pelapis negara untuk menjejak kejayaan pasukan utama negara hari ini . Kekentalan fizikal dan mental serta pengalaman yang luas diarena antarabangsa akan terus membina potensi dan kualiti pasukan negara .
5. Syabas juga saya ucapkan kepada penyokong yang terus sabar memberi doa dan sokongan untuk melihat pasukan Malaysia terus bangkit biarpun pernah melalui zaman kejatuhan yang perit. Jelas semangat Malaysia Boleh ! terus membawa Malaysia ke puncak jaya .
6. Kesempatan ini , suka saya tegaskan agar kejayaan dalam sukan yang berteraskan semangat kesukanan akan menyumbang kepada penyatuan rakyat Malaysia keseluruhannya . Agar negara terus harmoni dan sejahtera dengan rakyatnya yang matang dan memiliki semangat persaudaraan yang baik tanpa sengketa.
7. Terima Kasih wira negara ! Terima Kasih jurulatih , Terima Kasih FAM dan Terima Kasih seluruh rakyat Malaysia atas kejayaan Skuad Bolasepak Malaysia meskipun tewas di Stadium Bung Karno mendepani provokasi media dan tekanan bermain di tempat lawan . Namun mereka mampu menyerap tekanan dan mendepani situasi tertekan dengan baik dan akhirnya pulang dengan kejayaan gemilang .
Semoga kejayan ini berulang lagi dimasa hadapan Insyaallah .
Sumber : Episode Sebuah Perjuangan
No comments:
Post a Comment