BANGKOK: Thailand mungkin akan menarik balik perintah darurat yang penuh kontroversi di Bangkok dan kawasan sekitar akhir tahun ini, umum Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva semalam. “Keadaan semakin pulih,” kata Abhisit.
“Saya rasa (perintah darurat) akan ditarik balik sebelum Tahun Baru,” katanya kepada pemberita sambil menambah bahawa langkah itu diteruskan untuk memantau penduduk yang melakukan bantahan dan menghalang tunjuk perasaan.
Undang-undang berkenaan diperkenalkan di ibu negara terbabit awal April berikutan perhimpunan antikerajaan besar-besaran oleh pergerakan ‘Baju Merah’ yang menyebabkan lebih 90 orang terbunuh dalam pertempuran di antara penunjuk perasaan dan tentera.
Undang-undang darurat ditarik balik di kebanyakan kawasan tetapi dikekalkan di ibu negara berikutan beberapa siri letupan kecil.
Undang-undang berkenaan melarang perhimpunan awam membabitkan lebih lima orang dan memberikan hak kepada pasukan keselamatan untuk menahan orang yang disyaki selama 30 hari tanpa dakwaan. – AFP
Sumber : Berita Harian
No comments:
Post a Comment