Monday 3 January 2011

Himpunan Kebangkitan Rakyat ‘PAS Ganti Umno’


KUALA TERENGGANU - PAS Negeri Terengganu akan menganjurkan siri Himpunan Kebangkitan Rakyat ‘PAS Ganti Umno’ (PGU) ke seluruh negeri Terengganu, bermula pada 15 Januari 2010 di Dataran Tok Guru, Kg Geliga, Kemaman.

Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata Jawatankuasa Bertindak Penggerak Masyarakat ‘PAS Ganti Umno’ telah digerakkan bagi menyebarkan maklumat dan penerangan mengapa perlu PAS menggantikan Umno menjelang pilihanraya akan datang.

”Kita (PAS) telah mula mengedar dan membekalkan dan menaikkan kain-kain rentang dan poster-poster ‘PAS Ganti Umno’,

”kita juga telah bertemu dan menggerakkan semua bloggers dan pengendali laman-laman internet kita, supaya mereka dapat memainkan peranan, mencetuskan tulisan-tulisan dan artikel-artikel ‘PAS ganti Umno’,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan aluannya dalam Seminar ‘PAS Ganti Umno’ yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Ibai, 24 Disember yang lalu.


Katanya, Seminar PGU yang diadakan itu adalah merupakan langkah muqaddimah kepada ‘himpunan mega' yang telah dirancang.

”Langkah-langkah ini kita harap akan menjadi suatu mukaddimah, yang InsyaAllah kita akan mengadakan satu perhimpunan untuk mengumpulkan bukan sahaja ahli-ahli, penyokong-penyokong tetapi semua lapisan masyarakat,”jelasnya

Beliau turut memaklumkan, pengesahan kehadiran pimpinan besar Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang Palimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam himpunan tersebut.

Sumber : pas.org

No comments:

Post a Comment