Wednesday 5 January 2011

Presiden PAS Lancar Laman Web Rasmi PAS N05 DUN Tenang

Presiden PAS, Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang

LABIS : Presiden PAS, Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang telah melancarkan laman web bagi Pilihanraya kecil N05 DUN Tenang, serentak dengan pelancaran gerak kerja pilihan raya bagi PRK N.05 Tenang, Johor dekat sini, pada 1hb. Januari, 2011.

Laman web rasmi PAS yang akan dilengkapi dengan facebook, twitter, video, berita terkini dan lain-lain ini boleh diakses melalui alamat, http://n05tenang.pas.org.my


Manakala, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika berucap di majlis pelancaran gerak kerja pilihan raya bagi PRK N. 05 Tenang berkata, Jentera PAS diingatkan agar tidak menjadi agen penyebar fitnah sewaktu menyampaikan maklumat kepada masyarakat khususnya pengundi di Dun Tenang.

"Jangan terikat dengan fitnah media Umno BN. Jangan kita menjadi agen penyebaran fitnah, pastikan apa yang kita cakap itu berdasarkan fakta yang betul. Periksa dahulu fakta, fahami dahulu suasana dan keadaan, kenali masyarakat di hadapan kita sebelum kita menyampaikan sesuatu perkara", kata beliau .

Turut hadir dalam majlis berkenaan, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahuddin Ayub, bendahari, Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya Johor Dr Mahfodz Muhammad, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan ahli jawatan kuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman sebagai pengerusi majlis.

Sumber : pas.org

No comments:

Post a Comment