Thursday, 6 January 2011

Tenang : Pemuda PAS Siap Siaga


1. Pilihanraya adalah medan demokrasi untuk rakyat diberi kebebasan dan hak dalam memilih pemimpin mereka. Justeru itu, suasana yang hormonis dan kondusif sangat diperlukan oleh pengundi agar mereka mampu membuat pilihan yang tepat tanpa sebarang tekanan dan gangguan yang mengalih tumpuan mereka.

2. Kempen dari parti - parti yang bertanding sewajarnya adalah untuk memberi maklumat dan membuat tawaran - tawaran yang positif kepada rakyat demi kepentingan mereka. Sangat tidak wajar apabila pilihanraya dijadikan medan untuk menyogok dan mengugut. Lebih malang medan demokrasi itu dicemari dengan fitnah dan tohmahan yang tidak berasas.

3. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar tindakan terdesak sesetengah pihak dalam usaha mereka mencari kemenangan dalam pilihanraya kecil N 05 Tenang dengan menabur fitnah bagi menjatuhkan reputasi lawan mereka secara tidak bermoral dan tidak gentleman .


4. Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS negeri dan kawasan yang bertugas diletakkan dalam keadan siap siaga mendepani fitnah jahat yang dilancarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jelas ini adalah tindakan desprado yang hanya berusaha meraih simpati , sokongan dan pengaruh murahan .

5. Saya menyeru kepada semua pihak agar beraksi di gelanggang pilihanraya ini dengan mengamalkan pendekatan politik yang matang dan berhemah . Santuni pengundi, menangi hati mereka dan raih sokongan mereka secara positif dan informatif . Elakkan sebarang tindakan provokatif yang mencetus suasana tidak aman dan tenang justeru pilihanraya untuk memilih pemimpin bukan untuk beradu kekuatan fizikal.

No comments:

Post a Comment