Wednesday, 3 August 2011
Teruskan Qunut Nazilah : DESAK
3 OGOS - Berikutan isu kezaliman terhadap hak mahasiswa, Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (DESAK) menggesa mahasiswa untuk meneruskan qunut nazilah dalam solat lima waktu.
Ramadhan merupakan ruang yang telah dibuka oleh Allah SWT bagi hambaNya untuk berdoa kepadaNya. Antara kezaliman yang dilakukan oleh pihak Kedutaan dan Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) ialah membatalkan pengajian mahasiswa, menghalau dari asrama, menyusahkan urusan pelajar dan sebagainya.
Saudara Nuruddin Zanki, Pengerusi DESAK menyatakan bahawa DESAK telah berusaha dalam hal ini dengan menghantar skrip doa kepada Saudara Nazrul Nasir untuk didoakan di Mekah pada 22 Julai lalu.
"Semoga dengan usaha ini, Allah dapat membalas terhadap kezaliman yang dilakukan oleh pihak terbabit", katanya ketika dihubungi.
sumber : mediamesir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment