Saturday, 10 December 2011

AMEERAH dan gelombang epal hijau.

AMEERAH yang merupakan kelahiran lajnah baru dalam dewan Muslimat PAS pusat setelah keberjayaan Nisa’ dan Briged Muslimat.

Apakah AMEERAH..? Siapakah AMEERAH..? Apa agenda AMEERAH..?

AMEERAH (اميره ) membawa maksud Pemimpin Wanita, atau Puteri dalam bahasa Arab. Ia membawa visi ‘Ke Arah Kepimpinan Politik Wanita Muda Bertaraf Dunia’ dan bermisikan: 3P

1) menggiatkan kesedaran politik di kalangan generasi muda wanita
2) menanamkan semangat patriotisme kepada Negara
3) akhirnya meningkatkan partisipasi wanita muda dalam masyarakat.


Ia juga merupakan lajnah politik baru dalam Dewan Muslimat PAS Pusat khusus untuk wanita muda berumur dari 21 hingga 40 tahun yang dilatih untuk memimpin gerak kerja politik wanita muda dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

AMEERAH dilancar dan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersempena Kongres sambutan 60 tahun PAS di Dewan Millenium, Kepala Batas, pada 1 Oktober 2011 dan epal hijau dipilih sebagai simbolik kepada semangat hijau orang muda yang ceria, cergas dan segar.

Manakala pelancaran ‘Gelombang Epal Hijau’ ialah satu manifestasi dan harapan Dewan Muslimat melancarkan isyarat gerak kerja nasional pilihan raya dalam mood dan mode yang evergreen. Ini akan mengujakan serta sebagai tanda meraikan kesediaan Muslimat PAS memenangi PRU 13 dan mengiktiraf peranan wanita dan orang muda dalam melatari dan melengkapkan peranan kaum Adam dalam perjuangan politik dan pilihan raya di Malaysia.

Sasaran khusus adalah ahli PAS daripada kalangan wanita muda, pengundi muda dan petugas pilihan raya Muslimat muda.

Status Ameera dalam Dewan Muslimat PAS Pusat berfungsi seperti Lajnah Politik Dewan Muslimat PAS Pusat tetapi skop khusus kepada medan dan lapangan politik anak muda.

Akan berperanan dalam :-

• pendirian tegas anak muda PAS dalam politik
• akan membina modul dan pendekatan sesuai bagi generasi muda dalam politik baru
• menangani keperluan golongan pengundi muda.

Istimewanya AMEERAH...

Ameerah akan mempunyai kumpulan pengkaji masyarakat bagi menghasilkan data yang menyeluruh tentang demografi dan keperluan masyarakat Malaysia bagi memenuhi cita-cita Dewan Muslimat PAS dalam menyebarkan Islam dan menghasilkan kertas kerja polisi untuk disyorkan kepada badan-badan kerajaan atau untuk dibentangkan di dalam persidangan parlimen oleh ahli parlimen untuk kepentingan generasi muda

Anggota Ameerah terdiri daripada golongan cendekiawan yang komited untuk memahamkan masyarakat mengenai politik Islam dan menyebarkan kebajikan dalam polisi pentadbiran dan mengemukakan pandangan bagi pihak generasi wanita muda yang sedar dan prihatin.

Waaahhh.. Nampaknya, semakin banyak platform untuk wanita bekerja untuk menyumbang kepada Islam apabila pulang ke Malaysia. Medium dah ada di depan mata, tetapi terserah pada kita untuk memilihnya. SELAMAT BEKERJA UNTUK ISLAM...!


Adaptasi Sumber :-

http://muslimat.pas.org.my/

http://www.facebook.com/ameerahmalaysia

http://detikdaily.net/


No comments:

Post a Comment