Saturday 3 December 2011

RUU Perhimpunan : Halang Rakyat Untuk Bantah Kezaliman BN

IPOH, 2 Disember – Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini menyatakan menyatakan bantahan beliau terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang telah diluluskan oleh ahli parlimen BN.

Beliau menyatakan undang-undang tersebut bertujuan menyekat kebebasan masyarakat untuk menyatakan bantahan terhadap perbuatan penyelewengan kerajaan BN. Implikasinya adalah negara Malaysia akan menjadi semakin mundur malah semakin tertutup dalam menerima pandangan pelbagai pihak.
Menurut beliau lagi, Rang Undang-Undang tersebut hanya menambah persepsi buruk masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.

Memetik ucapan beliau " Satu kajian oleh Freedom House, sebuah organisasi antarabangsa, di mana dari segi media akhbar, Malaysia dikategorikan sebagai “tidak bebas”.

" Menurut kajian tersebut, beberapa polisi kerajaan seperti kawalan tidak munasahah ke atas lesen akhbar, monopoli kerajaan ke atas akhbar perdana serta tindakan lain telah menyebabkan akhbar di Malaysia dilihat sebagai berat sebelah dan tidak telus".

" Dari segi internet pula, Malaysia dilihat sebagai “separuh bebas”. Dalam kajian tersebut juga, didapati bahawa pengaliran maklumat di internet masih lagi bebas"

Pesuruhjaya PAS Perak itu kemudian berkata bahawa jelaslah 54 tahun pemerintahan Barisan Nasional tidak membantu masyarakat untuk maju kerana polisi BN untuk menutup minda masyarakat malah membiarkan masyarakat hidup dalam keadaan katak bawah tempurung.

Beliau kemudian memetik ayat Al Quran untuk mengingatkan pemimpin BN bahawa walau apapun strategi mereka untuk menghalang kebenaran, kemenangan dari Allah tetap juga akan datang, kerana itu adalah janji Allah SWT:

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (61:8)

Sumber : PAS Perak

No comments:

Post a Comment