Kenali tokoh harakah nusantara
:
Sengaja saya paparkan kembali di
sini untuk pembaca lebih mengenali pemimpin gerakan Islam yang dihormati dan disegani kawan mahupun lawan. Beliau adalah seorag tokoh yang telah banyak berkorban demi memastikan Islam kembali tertegak di muka bumi ini.
.2. Tuan Guru menuntut di
Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya
mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu
Tuan Guru Haji Awang Muhamad.
3. Tuan Guru melanjutkan
pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan
biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 – 1973 . Tamat dengan B.A
(Syariah) . Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A
(Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 –
1975)
4. Tuan Guru Mula
aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting
(sekarang cawangan) PAS kampung Rusila , Marang .
5. 1976 , setelah tamat
belajar dan pulang ke tanah air , beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS
Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada
tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah
Dato’ Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presidennya.
6. Tuan Guru Mula menyertai
pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN
Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada
tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen
Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji
Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi
kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang
di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang . Begitu juga tahun 1995, menang di DUN
Rhu Rendang dan Parlimen Marang.
.7. Tuan Guru juga terlibat di
peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di
samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di
Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul
Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul
Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan
Undang-undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir. Sebagai pemimpin PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak
terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.
Antaranya :-
a] Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia
yang berpusat di Istanbul Turki.
b] Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat
mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
c] Ahli Majma’ Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
d] Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
e] Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
f] Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
g] Mengiringi Presiden PAS, Dato’ Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

8. Kepimpinan beliau sejak awal
sering berdepan dengan ujian getir samaada yang datang dari tekanan luar parti
mahupun permasaalahan dalaman parti . Kesabaran dan ketabahan beliau mendepani
segalanya adalah suatu yang sangat mengkagumkan . Semoga Allah swt terus
mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada beliau .
rujukan http://www.eperjuangan.com/2009/10/selamat-ulangtahun-ke-62.html
rujukan http://www.eperjuangan.com/2009/10/selamat-ulangtahun-ke-62.html
No comments:
Post a Comment