Monday 25 June 2012

PAS & TAHALUF SIYASI : BUKAN SEMATA-MATA HENDAK TUMBANGKAN UMNO


TELUK INTAN - Penglibatan PAS bertahaluf siyasi dengan parti-parti lain bukan semata-mata untuk menolak kezaliman UMNO malah ia lebih jauh daripada itu. Demikian telah dinyatakan oleh ahli jawatankuasa Lujnah Tarbiyah PAS Pusat, Ustaz Abdul Kadir Al Joofree semasa membentang kertas kerja dalam program Liqa Fikri PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.
Beliau yang juga merupakan Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia telah membentang kertas kerja bertajuk "Tahaluf Siyasi : Garis Panduan Dari Prespektif Islam" dari Majlis Syura Ulama PAS.


Bersama YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik


Menurut Ustaz Syed Abdul Kadir, tahaluf siyasi bukan satu matlamat bagi PAS tetapi ia adalah satu jalan atau strategi. Oleh itu, perjuangan PAS bukan sekadar bertahaluf siyasi dan menumbangkan UMNO/BN malah ia lebih daripada itu iaitu mencapai keredhaan Allah SWT.

Menurut pegawai Majlis Syura Ulama itu lagi,  ahli-ahli PAS sepatutnya mengambil peluang tahaluf siyasi ini dengan melebarluaskan lagi medan dakwah mereka di samping mengukuhkan kedudukan politik.
Berdasarkan kepada penelitian kepada dalil-dalil serta realiti kedudukan politik di Malaysia, enam perkara penting perlu dijadikan garis sempadan Tahaluf Siyasi. Enam perkara tersebut adalah seperti berikut:

1. Tahaluf mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk perlaksanaan Islam.

2. Tahaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dapat dipertahankan.

3. Intima’ hendaklah diberikan kepada kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bukan kepada Pakatan Tahaluf.

4. Tahaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.

5. Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaluf secara mutlak.

6. Majlis Syura ‘Ulamak mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siasi berdasarkan kepada maslahah dan mafsadah syar'iyyah dari semasa ke semasa.

Sesi pertanyaan sedang berjalan.


Para hadirin mengambil peluang bersalaman dengan Ustaz Syed
Akhirnya, beliau menekan PAS akan memastikan bahawa dasar-dasar parti dan Islam tidak akan tergadai apabila bertahaluf siyasi.
Kehadiran para ahli PAS dan penyokong adalah di luar jangkaan di mana kehadiran orang ramai telah memenuhi ruang dalam dewan markaz.
intanhijau.blogspot.com



No comments:

Post a Comment