Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) terpanggil untuk memberi respons isu berkaitan kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini bahawa sokongan terhadap pro Aspirasi adalah referendum anak muda kepada sokongan terhadap Umno dan Barisan Nasional.
“Di sini Gamis berpendirian bahawa kenyataan itu sangatlah angkuh seolah-olah anak muda memang akan memberi undi kepada Umno dan Barisan Nasional pada PRU13 nanti,” kata Presiden Gamis, Muhammad Azan Safar dalam satu kenyataan.
Katanya, gambaran kepada kemenangan pro Aspirasi dalam Pilihan raya Kampus tidak langsung menggambarkan sokongan anak muda kepada Umno dan Barisan Nasional.
Ini, ujarnya kerana sokongan mahasiswa berdasarkan isu yang dibawa oleh calon dan kredibiliti calon itu sendiri.
Justeru itu, katanya Gamis mendesak Khairy Jamaluddin mengeluarkan data berkaitan mahasiswa yang menolak pendidikan percuma.
Selain itu, katanya Khairy Jamaluddin sedia berdebat dengan Gamis berkaitan isu ‘anak muda pilih siapa untuk PRU13 akan datang’.
http://www.mygamis.com/2012/12/debat-anak-muda-pilih-siapa-pru13.html?spref=fb
No comments:
Post a Comment