Showing posts with label Khalifah. Show all posts
Showing posts with label Khalifah. Show all posts

Wednesday, 19 December 2012

PANAS!!! : Parasit Sedang Cari Tapak Di Penang

Aku serba salah untuk coret berita tentang parasit dekat-dekat PRU ni kerana takut UMNO ambil peluang keruhkan keadaan. Tapi bila aku pikir balik, parasit ni dekat-dekat PRU dia mula ambik peluang.Rancangan ni kalau berjaya, habis PAS Penang termasuk Pakatan Rakyat sekali. So, bila aku pikir panjang, baik aku dedah awal supaya 2 - 3 ekor malaun ni hentikan rancangan bodoh dan jahat, khususnya Badak Hitam ZainulFaqar. 

Diorang ni bukannya sayangkan PAS kerana PAS adalah pokok tumpangan yang tiada apa-apa kepentingan kepada parasit. Yang penting mereka boleh bergerak dan kuasai entiti parti. Budak2 yagn buat kerja pula memang kesian, tak tahu apa-apa duduk ikut telunjuk ZainulFaqar yagn dikontrol oleh beberapa ekor parasit yang sedang berada di AJK PAS Pusat. 

Strategi mereka cukup mudah di fahami, iaitu Cetuskan sentimen hapuskan Tol jambatan Pulau Pinang atas nama HAPUS, then mereka dilihat sebagai juara membela hak rakyat. Hampeh... Sebab tu mereka merancang demonstrasi besara pada hari Ahad 2 minggu lepas dan mereka berhasrat supaya pendemontrasi ditangkap sehingga mencetuskan isu besar negara. Dengan itu, mereka dilihat juara dan pimpinan PAS yang membela mereka akan juga dilihat sebagai juara, seterusnya ditarik bertanding ke Pulau Penang meniinggalkan kerusi Perak.

Kenapa? 
Kerana di Penang lubuk ekonomi. Sebab itu mereka mesti menghapuskan penghalang mereka, iaitu PAS Penang, khususnya Dewan Pemuda Pulau Penang. Strategi biasa dalam mana-mana saraf, tembak individu (character assasination) lebih mudah berbanding membunuh portfolio yang besar seperti Dewan Pemuda Negeri.

Diaorang cetuskan isu HAPUS dan daam masa yang sama menunding kepada DPPPP tidak buat kerja. Ulama penang tak buat kerja dan perhubungan penang tak buat kerja. 

Runner kepada Projek ini ialah Badak Hitam (ZainulFaqar) yang menjadi IBLIS penghasut nombor satu bagi pihak Parasit. Aku tak nak dedahkan lagi siapa dalang dibelakang. Yang aku nak dedahkan dulu apa rancangan diorang. Siapa penggerak dan siapa si 'bodoh' yang ditunggang oleh parasit.

Aku tahu rancangan diorang buat demo atas jambatan Pulau Penang dah bertugar jadi mengagihkan Memo bantahan. Dulu mereka kuasai student universiti jadi 'lanun' seperti adam Adli and the geng. Al-Hamdulillah, pihak Dewan Pemuda PAS telah berjaya 'putihkan' balik sekalipun masih ada saki baki tersesat yang masih mengikuti tamrin "kota baru".

Jika anda ingin berfikir secara waras, cuba tanya:
Adakah PAS, DAP dan PKR Pulau Penang merancang dan memulakan idea ini?



Jawapannya tidak!!!! Tapi mereka telah ditemui oleh beberapa orang yang di'pandu' oleh Badak Hitam Zainul Faqar untuk bertemu semua pimpinan 3 parti komponen negeri Pulau Penang.

MATLAMATNYA HANYA SATU!!! BAWA MUJAHID MASUK KE PENANG UNTUK JADI KETUA MENTERI!!!

Sebab tu HAPUS ni bukan agenda PAS, PKR dan DAP. Ia adalah agenda Parasit menguasai Penang termasuk DAP dan PKR. KErana semua tahu agenda Al-Alami ialah infiltrate dalam PAS, UMNO, PKR dan tidak mustahil dalam DAP. Cuba anda fikir logik:
Kenapa Mujahid di jemput sebagai juara?
Kenapa PAS penang atau PAS Pusat tidak terlibat?
Kenapa DAP dan PKR tidak pernah diberitahu melainkan hanya meminta sokongan?




Nak jelas lagi, tengok siapa yang lead? Anda akan jumpa Zainulfaqar dan diikuti oleh Adam Adli and the geng yang semua tahu orang yang terlibat cuba burukkan kerajaan kedah atas nama student. 

Badak Hitam Zainul Faqar sebagai runner no satu ada 2 keahlian. PAS dan PKR.
kalau tak percaya, cuba cek keahlian PKR dibawah: 
No keahlian PKR : P050002798
Negeri: Pulau Penang.
Cabang: Bukit Mertajam.

Keahlian PAS tak payah saya sebut. Dia adalah dianggap murabbi oleh student-student yang masih dalam kesesatan sampai ke saat ini. 

Kalau tak percaya, lihatlah game seterusnya. Aku harap pendedahan ini dapat gagalkan rancangan Parasit bertapak di penang.  

Aku ingat, kalau tak kerana kesiankan isteri dia yang sedang sakit, aku dedahkan kejahatan moral dia.



rujukan : http://selamatkan-pas.blogspot.com/2012/12/parasit-sedang-cari-tapak-di-penang.html

Thursday, 6 December 2012

Umno benar-benar habis modal

KOTA BHARU: Umno dianggap benar-benar kehabisan modal apabila hampir keseluruhan ucapan dasar dan penangguhan Presiden pada Perhimpunan Agung parti itu menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, nampak sangat Umno seperti kehabisan modal bagi membincangkan masalah dalaman parti itu.

“Mereka sudah tidak ada modal lagi. Kalau kita perhatikan hampir keseluruhan ucapan pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini memperlekehkan orang lain.

“Inilah saban kali kita saksikan setiap kali Perhimpunan Agung Umno berlangsung. Sudah tidak ada modal lagi,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah sempena Kongres Dunia Islam di Balai Islam di sini malam tadi.

Perhimpunan Agung Umno kali ke-66 yang berakhir Sabtu lalu menyaksikan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin Umno menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah Najib pada ucapan penangguhan yang dianggap sebagai ikrar Umno mendakwa satu undi kepada PKR akan membawa kepada kerosakan akidah dan umat, undi PAS untuk perpecahan, manakala undi DAP membawa kepada penindasan.

Ustaz Abdul Hadi juga berkata, Umno pun nampaknya sudah pandai membaca doa pada perhimpunan parti mereka.

Menurutnya sebelum ini Umno memperlekehkan doa dibaca pemimpin PAS, namun sekarang mereka sendiri pun membaca doa.

Ketika berucap sebelum itu katanya, Islam perlu kembali semula untuk pimpin dunia selepas banyak ideologi lain terbukti gagal menangani kehidupan umat manusia.

“Hanya Islam sahaja yang menerangkan segala aspek dalam kehidupan umat manusia. Sekarang anak-anak yang pernah mendapat didikan daripada barat pun bangkit mempertahankan Islam.

“Islam tetap bangkit biar pun cuba dihalang. Kita runtuhkan jahiliah untuk tukar kepada kerajaan yang adil.

“Umno nampak seperti mahu kekal sehingga kiamat,” katanya. Sebelum itu ceramah disampaikan Naib Presiden Institut Pemikiran Islam, Sheikh Dr Ahmed Totonji dan wakil Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Anang Sharifuddin.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.

Kongres Dunia Islam 2012 berlangsung 1 hingga 5 Disember ini bertempat di Hotel Grand Riverview membabitkan pembentangan 70 kertas kerja dari dalam dan luar negara.

http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=406:umno-benar-benar-habis-modal&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56

DEBAT YB KHAIRY & GAMIS: ANAK MUDA PILIH SIAPA PRU 13?



Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) terpanggil untuk memberi respons isu berkaitan kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini bahawa sokongan terhadap pro Aspirasi adalah referendum anak muda kepada sokongan terhadap Umno dan Barisan Nasional.


“Di sini Gamis berpendirian bahawa kenyataan itu sangatlah angkuh seolah-olah anak muda memang akan memberi undi kepada Umno dan Barisan Nasional pada PRU13 nanti,” kata Presiden Gamis, Muhammad Azan Safar dalam satu kenyataan.

Katanya, gambaran kepada kemenangan pro Aspirasi dalam Pilihan raya Kampus tidak langsung menggambarkan sokongan anak muda kepada Umno dan Barisan Nasional.

Ini, ujarnya kerana sokongan mahasiswa berdasarkan isu yang dibawa oleh calon dan kredibiliti calon itu sendiri.

Justeru itu, katanya Gamis mendesak Khairy Jamaluddin mengeluarkan data berkaitan mahasiswa yang menolak pendidikan percuma.

Selain itu, katanya Khairy Jamaluddin sedia berdebat dengan Gamis berkaitan isu ‘anak muda pilih siapa untuk PRU13 akan datang’.

http://www.mygamis.com/2012/12/debat-anak-muda-pilih-siapa-pru13.html?spref=fb

Wednesday, 31 October 2012

NAJIB KECEWAKAN RAKYAT !!!



Dimanakah keadilan dalam kepimpinan negara?..pengistiharan Dato' Sri Najib Tun Razak tentang pemberian wang ehsan terhadap negeri pahang jelas mengecewakan rakyat. Kami bukan mahukan wang ehsan! tapi mahukan Royalti.

Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak pendaratan minyak, dan Gas ke Kelantan ( R Tuntut Royalti) cawangan pahang akan terus menuntut Perdana Menteri untuk memberikan hak royalti kepada negeri pahang bukannya wang ehsan seperti yang diistiharkan oleh perdana menteri.


 Kelantan Dinafikan HAK!


 Reaksi rakyat yang mengangap kepimpinan 'kebudakan'





Najib istihar wang Ehsan RM 100juta setahun utk Pahang.


Pahang : 160km dari persisir pantai -> Dato' Najib umum dapat RM100juta wang ehsan.


Kelantan : 150km dari persisir pantai -> Dato' Najib tubuh jwtnkuasa utk siasat samada 

layak atau tidak dpt royalti. 




Pahang belum pun keluar minyak, tp dah umum royalti. Kelantan bertahun dah keluar

minyak, sekarang baru tubuh jwtnkuasa. 




Penyelesaiannya : ada aqal FIKIR, ada hati ZIKIR, masa undi mesti PAS, itu cara utk 

perompak DIAJAR!!



Tuesday, 3 July 2012

Dompet Tok Guru Hanya Sampul Surat



JOHOR BAHRU – Sifat merendah diri dan zuhud terserlah ketika Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS ingin mengeluarkan wang lalu dompetnya terjatuh di atas lantai pada program Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Johor di Dataran Dahlia, dekat sini, baru-baru ini.
Menariknya, apabila dompetnya itu hanyalah sekeping sampul surat biasa telah membuatkan ramai yang terkejut dan sukar untuk mempercayai seorang yang bertaraf menteri besar hanya memiliki sesuatu seperti demikian.
Ibn bacoks ketika merakamkan gambar tersebut sempat mendengar bisikan-bisikan ramai dengan pelbagai ungkapan takjub kerana teruja dengan peribadi yang ditonjolkan secara sepontan oleh tokoh pujaan ramai itu.
Aksi spontan itu disaksikan lebih 10,000 orang ketika Menteri Besar Kelantan itu ingin menurunkan tandatangan pada signbord simbolik kepada kepulangan Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS ke Johor.
Sementara itu, ketika menyampaikan ucapan ringkas, Salahuddin menceritakan pengalamannya sewaktu memenuhi undangan makan malam daripada sebuah keluarga miskin di utara semenanjung.
Katanya, dua keping getah yang disidai di tempat yang berasingan itu difahamkan untuk sara hidup anak beranak, manakala selebihnya untuk perjuangan.
Beliau yang terharu dengan pengorbanan seorang yang dianggap dhaif, tetap mahu berjuang sekalipun tinggal hanyalah sekeping getah demi kelangsungan jemaah.
”Pakcik itu boleh berjuang hidup mati hanya untuk Islam, apalah yang ada pada diri saya. Saya serahkan diri pada Allah. Balik ke Johor untuk bertanding. Itu niat (ikhlas) saya,” katanya lagi bernada merendah diri.

Wednesday, 6 June 2012

Beliau adalah 'ulama kesayangan ummah

Kenali tokoh harakah nusantara :

Sengaja saya paparkan kembali di sini untuk pembaca lebih mengenali pemimpin gerakan Islam yang dihormati dan disegani kawan mahupun lawan. Beliau adalah seorag tokoh yang telah banyak berkorban demi memastikan Islam kembali tertegak di muka bumi ini.

…Al Fadhil Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan [ 20 Oktober 1947. ] di Kampung Rusila Marang , Terengganu . Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik .

.2. Tuan Guru menuntut di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad.

3. Tuan Guru melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 – 1973 . Tamat dengan B.A (Syariah) . Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 – 1975)

4. Tuan Guru Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila , Marang .

5. 1976 , setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air , beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato’ Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presidennya.

6. Tuan Guru Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang . Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

.7. Tuan Guru juga terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir. Sebagai pemimpin PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.
Antaranya :-

a] Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
b] Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.

c] Ahli Majma’ Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.

d] Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam
yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.

e] Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.

f] Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat
sebelum Perang Teluk.

g] Mengiringi Presiden PAS, Dato’ Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

8. Kepimpinan beliau sejak awal sering berdepan dengan ujian getir samaada yang datang dari tekanan luar parti mahupun permasaalahan dalaman parti . Kesabaran dan ketabahan beliau mendepani segalanya adalah suatu yang sangat mengkagumkan . Semoga Allah swt terus mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada beliau .


rujukan http://www.eperjuangan.com/2009/10/selamat-ulangtahun-ke-62.html

Monday, 16 May 2011

Harakah Islamiyyah : Satu Pengenalan

Selepas kejatuhan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah tanggal 03 Mac 1924 hasil pengkhianatan Musatafa Kamal Attaturk dengan bantuan dari pelbagai negara-negara Barat , maka muncullah satu demi satu gerakan Islam di beberapa buah negara khasnya negara-negara yang pernah menjadi wilayah pemerintahan Uthmaniyyah. Dengan berbekalkan satu matlamat yang sangat besar iaitu untuk mengembalikan semula sistem khilafah ini yang telah mengangkat darjat serta kemuliaan ummah , maka beberapa individu dikalangan ulama’-ulama’ yang sedar memulakan langkah kearah pembentukan semula rasa cinta terhadap agama dikalangan ummat Islam yang telah diserang badai jahiliyah Sekular yang sangat dahsyat.

Berikut adalah beberapa Harakah Islamiah yang ditubuhkan selepas kejatuhan Khilafah :

1924 – Nama : Jama’ah An-Nur
Pengasas : Sheikh Bediuzzaman Said An-Nursi.
Tahun / Tarikh : 1924 ( selepas kejatuhan Khilafah )
Negara : Turki.
· Bertahan selama 9 bulan sahaja dan diharamkan.




1928 – Nama : Ikhwanul Muslimin
Pengasas : As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.
Tahun / Tarikh : 1928
Tempat : Ismailiyah.
Negara : Mesir.
Rangkaian : Jordan, Syria, Lubnan, Sudan, Afrika Utara, Iraq dan lain-lain.

1941 - Nama : Jama’ah Islami
Pengasas : Sayyid Abul A’la Al-Maududi
Tahun / Tarikh : 26 Ogos 1941
Tempat : Lahore
Negara : Pakistan
Rangkaian : Benua India – Sri Lanka, Bangladesh, Afganistan, India ( 1947 – Syah Waliyullah Ad-Dahlawi ).

1944 - Nama : Parti Al-Ummah
Pengasas : Sadiq Al-Mahdi
Tahun / Tarikh : 1944
Tempat : Khartoum
Negara : Sudan
· Sekarang Ikhwanul Muslimin – Dr.Hasan Turabi.

1945 - Nama : Majlis Syura Muslimin ( Masyumi )
Pengasas : Haji Mohammad Natsir ( Pak Natsir )
Tahun / Tarikh : 08 November 1945
Tempat : Yogjakarta
Negara : Indonesia
Diharamkan : 17 Ogos 1960

1947 - Nama : Al-Jamahir Syabiyah
Pengasas : Ust Muhammad Mahmud As-Sawaf
Tahun / Tarikh : 1947
Tempat : Baghdad
Negara : Iraq
Diharamkan : 1952
· Sekarang Ikhwanul Muslimin

1948 - Nama : Hizbul Muslimin
Pengasas : Ust Hj Abu Bakar Al-Baqir
Tahun / Tarikh : 14 Mac 1948
Tempat : Gunung Semanggol, Perak Darul Ridzuan
Negara : Malaysia
Diharamkan : Jun 1948




1951 - Nama : Parti Islam Se-Malaysia ( PAS )
Pengasas / Pimpinan : Haji Ahmad Fuad
Tahun / Tarikh : 24 November 1951
Tempat : Bagan Tuan Kecil, Pulau Pinang
Negara : Malaysia

1987 - Nama : Harakatul Muqawwamatil Islamiah ( HAMAS )
Pengasas : As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin
Tahun / Tarikh : 08 Disember 1987
Tempat : Ghazzah ( Gaza )
Negara : Palestin
· Lanjutan dari Ikhwanul Muslimin Palestin – 1948

1989 - Nama : Front Islamic Salvation ( FIS )
Pengasas / Pimpinan : Prof Abbas Madani dan Sheikh Ali Benhaj
Tahun / Tarikh : 18 Februari 1949
Negara : Algeria
Diharamkan : 09 Februari 1992

1998 - Nama : Partai Keadilan Sejahtera ( PKS )
Pengasas / Pimpinan : Dr.Ir Nurmahmudi Ismail dan Dr.Hidayat Nurwahid
Tahun / Tarikh : 20 Julai 1998
Tempat : Jakarta
Negara : Indonesia

2001 - Nama : Parti Keadilan & Pembangunan Turki ( AK Party )
Pengasas / Pimpinan : Recep Tayyip Erdogan
Tahun / Tarikh : 14 Ogos 2001
Negara : Turki
· Lanjutan dari Parti Refah – Prof Nejmuddin Erbakan
· Lanjutan dari Parti Milli Salamat.

Mudah-mudahan negara kita diberi kemenangan dan ditadbir oleh Gerakan Islam !

Dipetik daripada : Suara Anak Muda

Sunday, 23 January 2011

Debat 100 Hari- Datuk Seri Najib Jangan Jadi Lebai Malang

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak terimalah debat , jangan banyak helah dan cuba mengalih isu. Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengemukakan fakta mengenai kemampuan Pakatan Rakyat jika diberi mandat untuk memerintah.

Sumber yang Pakatan Rakyat perolehi, ialah dengan memerangi rasuah yang menyebabkan negara rugi RM28 bilion setahun. Memotong balik RM19 bilion subsidi yang diberikan kepada IPP. Subsidi untuk rakyat RM10 bilion akan diberi semula supaya minyak dan makanan dapat dikawal dan menstruktur semula tol di Malaysia dengan kos RM23 bilion dan elaun tambahan kepada guru RM3.2 bilion setahun.

Jika dijumlah dengan anggaran pendapatan hasil daripada memerangi rasuah dan memerangi kroni ialah RM47 bilion dan perbelanjaan hanya RM32.2 bilion, maka Pakatan Rakyat mampu malahan lebihan. Ini tidak masuk lagi hasil balak, minyak, sawit dan sebagainya. Sekarang rakyat hendak dengar hujah Datuk Najib yang kata kalau laksana Janji Pakatan Rakyat maka negara akan bankrap.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Malangnya Datuk Najib cuba mengalih isu debat kepada isu liwat. Nampaknya saf kabinet negara memang pemimpin lebai malang. Tan Seri Muhyiddin Yasin suruh Pakatan Rakyat naikkan gaji guru yang berkhidmat di negeri Pakatan. Manakala Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno merangkap Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri menyuruh negeri Pakatan Rakyat menurun harga barang di negeri pakatan.

Kesemua pemimpin tertinggi Umno fikiran mereka satu skima sahaja gagal menjawab soalan yang berbentuk fakta. Sepatutnya menjawab masalah, bukan lari daripada masalah yang dibangkit.

PAS yakin Datuk Seri Najib bimbang dengan kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia.

Penganalisis ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain tidak menolak inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu)

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber : pas.org.my

Sunday, 16 January 2011

Nik Aziz mujaddid abad ini - Dr Dzulkefli

YB Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad.

SHAH ALAM, 16 Jan: "Saya yakin, selepas Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tiada nanti, umat Islam akan menggelarkan dia mujaddid abad ini," kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad.

Dr Dzulkefli berkata demikian dalam program forum 'Bedah Buku Tokoh-tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah' yang diadakan di Masjid Saujana Utama dekat sini malam semalam.

Penulis buku itu, Saari Sungib yang juga Adun Hulu Klang turut serta di samping moderatornya adalah Zulkifli Sulong, Ketua Editor Harakahdaily.

Nik Aziz adalah penulis pandangan sisi untuk buku ini.

Bagi Dr Dzulkefli, kehebatan yang ditunjukkan Nik Aziz adalah berjaya menyesuaikan tuntutan Islam dengan tuntutan semasa iaitu dalam konteks hubungan antara Islam dan orang bukan Islam.


"Mungkin orang tidak sedar sekarang tetapi saya yakin selepas dia (Nik Aziz) tiada nanti baru orang akan sedar Tok Guru sebenarnya mujaddin abad ini," kata beliau.

Sementara itu, di majlis bersama bloggers yang dibuat di sebuah hotel dekat ibu negara, Nik Aziz terus memperingatkan betapa Islam telah tertinggal dalam mengendalikan satu perkara iaitu orang bukan Islam.

"Di Kelantan, kita bina pondok, bina sekolah tetapi orang Cina yang tinggal di sebelah masjid Muhammadi Kota Bharu terus tidak Islam sejak lebih 20 tahun dahulu hingga kini.

"Apa tidaknya, anak-anak mereka hendak bermain di kawasan tanah lapang di masjid pun kita larang, kita kata haram. Padahal Rasulullah dahulu, orang kafir ini kencing dalam masjid pun dia tidak halau mereka," katanya.

Menurut Nik Aziz, beliau telah mengambil pendekatan berbeza.

"Hatta dalam majlis kenduri kahwin anak bungsu saya baru-baru ini, saya jemput 40 sami untuk sama-sama meraikan majlis itu. Apa orang nak kata," kata beliau di majlis itu.

Bagi Dr Dzulkifli, Tuan Guru Nik Aziz terkenal kerana kesungguhan beliau untuk meluaskan sayap Islan ini kepada orang bukan Islam dalam konteks sekarang.

Kalau dahulu, dakwah Islam ini disebarkan kepada orang luar dari kawasan Islam melalui dakwah dan juga peperangan, tetapi orang Islam sekarang seolah-olah meminggirkan orang bukan Islam.

Antaranya dengan cara menghalang mereka memasuki masjid dan majlis orang Islam.

"Dalam dunia moden ini, Tok Guru Nik Aziz antara tokoh yang membuat pendekatan untuk merapati orang bukan Islam ini," kata Dr Dzulkefli.

Thursday, 6 January 2011

Minda NP - 21: Hasrat 2011


Minda Naib Presiden PAS ke 20 bersama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Jika anda mempunyai soalan khas untuk ditujukan untuk ketiga-tiga Naib Presiden PAS, sila emailkan kepada sembangnaibpresidenpas@gmail.com

Soalan 1:
Nyatakan 3 hasrat Naib Presiden untuk tahun 2011.

Tuan Ibrahim:

1. Hasrat besar saya untuk melihat PAS lebih berjaya seandainya PRU ke 13 berlangsung pada tahun hadapan.

Selama tiga tahun kita gerakkan keyakinan rakyat samada melalui PAS atau PR, walaupun kita berjaya dalam beberapa piliharanraya kecil (PRK) dan gagal dalam beberapa PRK, namun pencapaian cemerlang kita dan pencapaian semua negeri PR seharusnya menjadi ukuran bagi pangundi untuk membuat pilihan kali ini.

Hasrat kita besar agar negara dapat ditadbir oleh mereka yang lebih beramanah dalam menjaga hak rakyat dan hak Islam dapat didaulatkan.

2. Tahun hadapan adalah tahun pemilihan parti, dan hasrat saya agar pemilihan kali ini akan memperkukuhkan hubungan antara sesama ahli, dan dapat menjadikan mesyuarat agung di semua peringkat sebagai medan menjana kekuatan parti, meningkatkan semangat jihad dan membelakangkan persoalan remeh-temeh dalaman parti.

Bahkan kita mengharapkan agar muktamar kali ini menjadi medan muhasabah, bagi memperkasakan parti.

3. PAS Pahang lebih berjaya berbanding tahun-tahun lalu, samada dalam pencapaian politik, peningkatan ahli dan cawangan serta berjaya memperkukuhkan hubungan dalam PR.

Salahuddin Ayub:

Pertama beriltizam untuk terus menjadi ahli parti dan menunaikan amanah yang saya pegang hari ini sebaik mungkin demi untuk membawa parti ke era yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Yang kedua, berikrar untuk terus muqadamah dalam menunaikan tanggungjawab dan apa yang penting diharapkan kehadiran saya ini akan membantu parti untuk meraih kemenangan besar dalam pilihanraya akan datang.

Yang ketiga, saya berjanji untuk meningkatkan keupayaan diri dengan segala keperluan seperti ilmu pengetahuan dan meninggikan lagi nilai-nilai yang baik dan terus bermuhasabah untuk membaiki diri sendiri.

Mahfuz Omar:

Hasrat pertama saya ialah dapat meningkatkan tugas dan tanggungjawab saya sebagai ahli parlimen di kawasan saya (Pokok Sena) dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan rakyat.

Yang keduanya, sebagai seorang Naib Presiden, saya ingin melihat kepimpinan dan ahli-ahli parti di semua peringkat dan rakan-rakan di setiap peringkat Pakatan Rakyat menjadikan tahun ini sebagai tahun perubahan.

Tahun perubahan itu bukan hanya dilihat dalam konteks bagaimana kita ingin mendapatkan kuasa, akan tetapi bagaimana kita nak menterjemahkan kuasa yang diberikan rakyat pada negeri-negeri yang kita perintah iaitu dengan meninggalkan amalan-amalan dan budaya-budaya politik lama yang telah merosakan perabadan masyarakat kita ini yang dilakukan oleh UMNO.

Harapan saya ialah ingin melihat satu usaha dipertingkatkan oleh semua kepimpinan parti di semua peringkat untuk membudayakan integriti yang tinggi, ketanggungjawaban, soal amanah, keikhlasan perjuangan mesti dilihat oleh rakyat.

Rakyat bukan mengharapkan kebendaan tapi kelainan daripada UMNO dan Barisan Nasional yang perlu dibawa oleh semua pimpinan di semua peringkat parti.

Impian ketiga saya tahun ini ialah melihat keluarga saya menjadi keluarga terbaik untuk kehidupan di dunia dan juga akhirat.

Soalan 2:
Adakah terdapat halangan kepada PAS untuk menyeragamkan kaedah berceramah di kalangan pemimpin PAS seperti menggalakkan atau mewajibkan mereka menggunakan kaedah persembahan slide atau powerpoint ketika berceramah agar input yang diberi kepada rakyat lebih berkesan, mudah diingati dan berfakta.

Pada pendapat saya ianya penting kepada ahli PAS,pengundi atas pagar dan ahli UMNO untuk mengetahui data-data yang tepat untuk dijadikan hujah kepada mereka yang cintakan kebenaran. Ianya juga penting untuk dijadikan panduan ketika berceramah kepada penceramah PAS agar tidak bercakap meleret-leret dan beremosi yang berlebihan?

Salahuddin Ayub:

Saya rasa dari segi prinsipnya kita ada etika dan akhlak yang menjadi garis panduan asas dalam kita menyampaikan ceramah dan penerangan di mana-mana tempat sekalipun.

Akan tetapi, dalam kaedah-kaedah seperti menggunakan slide dan alat-alat bantuan audio visual yang lain, itu terpulang kepada keupayaan individu dan bakat yang ada pada penceramah masing-masing. Dan tidak sama impaknya apabila kita menggunakan alat-alat bantuan tersebut, namun yang penting adalah keupayaan dan bakat seseorang itu harus dipertingkatkan dan alat-alat bantuan yang disebutkan tadi hanya sekadar membantu sahaja.

Mahfuz Omar:

Isunya bukan soal penyeragaman, tapi bagi saya, setiap penceramah ada style dan gaya tersendiri yang tidak boleh nak diseragamkan.

Showmanship seseorang itu sudah tentu berbeza. Akan tetapi, yang pentingnya ialah maklumat yang ingin diseragamkan dan kemudian terpulanglah kepada setiap individu untuk membuat persembahan kepada masyarakat dan rakyat dengan kaedah yang mereka rasa sesuai dengan kemampuan dan keupayaan mereka.

Namun begitu, saya mengharapkan bahawa setiap orang itu dapat melihat kepada keperluan penggunaan teknologi baru yang ada yang mudah untuk capture pemikiran masyarakat dan rakyat dengan penyampaian yang kita sampaikan.

Yang lebih pentingnya ialah sistem dan proses penyampaian maklumat ke bawah – caranya perlu bergantung kepada keupayaan dan kesesuaian diri orang yang menyampai dan kemampuan orang-orang yang nak menerimanya.

Tuan Ibrahim:

Adalah sesuatu yang amat sukar bagi menyelaraskan semua penceramah parti kerana kemampuan manusia yang tidak sama dan bakat yang berbeza. Kita meyedari ada kalangan penceramah yang meleret-leret, ada yang kasar, ada yang merapu dan ada yang terlalu ilmiah; semua ini adalah perkara biasa dalam kaedah penyampaian.

Dalam dakwah. Al-Quran menjelaskan tiga kaedah yang pertama ialah hikmah, mauizzah hasanah dan mujadalah.

Hikmah ialah kebijaksanaan dalam menyampaikan dakwah sesuai dengan kemampuan penyampai dan pendengar. Memang sebaiknya melalui kaedah power point adalah memudahkan pendengar memahami dan menghayati penyampaian.

Namun ada di kalangan penceramah yang tidak berkemahiran dalam menyediakan bahan serta kemudahan [peralatan bagi menyampaikan ceramah; kita berharap perkara ini dapat diatasi-insyaAllah.


Soalan 3:
Bolehkah diiklankan hutang negara, negeri-negeri dan juga sejarah hutang piutang, serta penyelewengan oleh parti yang berkuasa pada banner dan billboard di tempat yang menjadi tumpuan di seluruh negara mulai dari sekarang?

Mahfuz Omar:

Bagi saya, itu satu cadangan yang baik untuk memastikan supaya proses penyampaian maklumat kita tentang masalah hutang itu dapat sampai kepada masyarakat dan rakyat secara lebih mudah. Kadang-kadang masyarakat terutama sekali di luar bandar tidak dapat akses maklumat melalui teknologi moden.

Bagi masyarakat bandar pula, banner tersebut akan menimbulkan satu kejutan untuk membicarakan persoalan masa depan negara.

Tuan Ibrahim:

Membentang hutang negara untuk pengetahuan umum adalah baiik, agar rakyat mengetahuinya. Namun pendedahan tersebut sekiranya tidak diolah dengan baik, ia akan menimbulkan pelbagai polemik.

Mungkin rakyat akan menyatakan tiada negara yang tidak ada hutang; namun apa yang lebih penting ialah kesedaran betapa besarnya penyelewengan, rasuah dalam negara.

Ada satu lagi yang elok juga untuk ditinjau ialah pendedahan terhadap berapa kos sesuatu projek yang dijalankan oleh kerajaan. Biasanya apabila ada sesuatu projek rakyat hanya mengetahui siapa kontraktor, agensi yang menyelia, bila mula, bila jangka siap; tapi rakyat tidak tahu berapa kos sebenarnya.

Salahuddin Ayub:

Saya rasa itu amalan yang telah dibuat di negara-negara maju supaya mereka lebih telus dan kerajaan yang memerintah akan mengumumkan setiap hari dalam skrin besar perbelanjaan negara.

Jadi aspek yang baik dan bagus ini harus kita contohi walaupun tidak kesemuanya, tetapi dalam konsep ketelusan dan falsafah untuk urus tadbir yang baik, saya rasa apa yang dicadangkan itu adalah suatu yang amat baik kerana ianya memberikan maklumat secara langsung kepada rakyat supaya mereka berfikir dan daripada situ mereka boleh menentukan sikap dan pendirian politik mereka.

Wednesday, 5 January 2011

Yang di-Pertuan Agong perintah mengadap - Nik Aziz

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin

KOTA BHARU, 4 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, beliau dan pemimpin kanan PAS telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu majlis santapan malam di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Menurutnya, titah Tuanku Mizan itu telah disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau mengunjunginya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di kediaman rasmi MB, JKR 10 hari ini.

Bagaimanapun, katanya, "Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap."

"Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana," katanya.

Jangan kaitkan istana dengan politik

Sementara itu dalam sidang medianya, Nik Abdul Aziz menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara.

Pada masa yang sama juga beliau turut mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubung pertemuannya dengan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini.

Ini kerana, katanya pertemuan itu hanyalah jemputan untuk majlis santapan malam bersama baginda sahaja.

Menurutnya, sebarang kenyataan tidak tepat itu perlu dihentikan segera demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak Istana.

“Jangan sekali-kali mengaitkan istana dalam pertemuan baru-baru ini,”ujarnya ketika membaca kenyataan media sebentar tadi di JKR 10.

Hadir sama pada sidang media itu, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agong, Datuk Mustapha Ali.

Menurutnya lagi, sewaktu beliau menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi membawa titah dari Yang Dipertuan Agong.

“Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama pemimpin termasuk Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, iaitu istana baginda di Kuala Lumpur.

“Atas dasar menghormati dan menjunjung titah tuanku, saya telah menghadiri majlis tersebut,”ujarnya lagi.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pula berkata tidak timbul soal perbincangan kerajaan perpaduan atau sebagainya dalam pertemuan itu.

Menjawab soalan media beliau seterusnya berkata, majlis itu adalah undangan Yang Dipertuan Agong, tidak timbul langsung soal perbincangan dengan pemimpin Umno.

“Majlis tu adalah majlis Yang Dipertuan Agong, nak bincang dengan Perdana Menteri macamana?,”soalnya.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab pelbagai spekulasi ekoran pertemuan pemimpin tertinggi dua parti iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dikatakan mengadakan pertemuan tertutup dengan dua pemimpin Umno iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya baru-baru ini.


Berikut adalah kenyataan penuh MB Kelantan itu.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kenyataan Media
Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan
Merangkap al-Mursyidul Am PAS

Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.

Sumber : pas.org