Wednesday, 4 August 2010

Ahmadinejad ajak Obama berdebat

TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mengajak Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berdebat dengannya menerusi televisyen bagi melihat siapa boleh mencari penyelesaian terbaik kepada masalah dunia.

Cadangan itu dibuat ketika Iran menghadapi gelombang baru sekatan antarabangsa diketuai Washington bertujuan mengenakan tekanan ke atas republik itu berhubung program nuklearnya.

“Menjelang penghujung musim panas ini, kami berharap dapat hadir pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan saya akan bersedia mengadakan perbincangan empat mata dengan Obama, disaksikan media,” kata Ahmadinejad pada sidang ekspatriat Iran di Teheran.“Kami akan mengemukakan penyelesaian mengenai isu dunia bagi melihat penyelesaian siapa lebih baik.”

Ahmadinejad pernah mencadangkan debat itu diadakan September tahun lalu, tetapi tidak disambut Washington. Katanya, pemimpin sebelum Obama, George W Bush, menolak pelawaan itu kerana dia ‘takut’. – Reuters

Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment