Tuesday 19 October 2010

JPMK + UMNO= JPMK khianat VS Kutub Sittah PMRAM

Admin cuba sebutkan beberapa peristiwa yang belaku sekitar dua tiga tahun kebelakangan ini yang melibatkan ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menjadi mangsa kepada kekejaman rejim Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) yang semakin mengila.


Sebenarnya perseteruan ini bukanlah perkara baru malah sejak PMRAM dilabel dan dituduh tanpa asas bukti sebagai sayap parti pembangkang di situlah episod mulanya rencana-rencana JPMK yang hampir mirip dengan musuh islam Yahudi laknatullah alaih.


Islam tidak mengajar pemusuhan. Jesteru penulisan ini bukan untuk menghidupkan api permusuhan antara kedua belah pihak. Penulisan ini bertujuan mempertahankan hak dan maruah yang sabang tahun dipermainkan oleh tangan-tangan durjana.


Bersempenan dengan penganjuran kutub sittah PMRAM tahun ini, satu perkara yang masih kuat terpahat diingat beberapa tuntutan yang masih belum dilunaskan oleh JPMK atas tindakan biadap mereka menghantar sepucuk surat kepada pihak pengurusan Al-Azhar Conference Center (ACC).


Lantaran itu banyak gangguan yang berlaku kepada pengajuran tahun lepas. maka DESAK ditubuhkan dan menuntut tiga perkara kepada JPMK:

1. Membersihkan nama PMRAM secara rasmi di peringkat Al-Azhar.
2. Memohon maaf secara rasmi dan terbuka kepada seluruh peserta Kutub Sittah.
3. Mengadakan dialog terbuka bersama seluruh mahasiswa di Mesir.


Selagi 3 tuntutan itu tidak dilaksanakan , kita perlu memboikot pogram yang dianjurkan oleh JPMK. Sekiranya kita tidak mengendahkan hak kita terhadap PMRAM, bermakna kita dayus sebagai ahli serta mengabaikan pengorbanan dalam mempertahankan PMRAM.


Isu gangguan JPMK terhadap program kutub sittah mendapat liputan global akhbar tempatan (Arab). Isu ini juga bergema di Dewan Parlimen. Sila video:

http://www.youtube.com/watch?v=zz7Chy6KDsk&feature=player_embedded


Di bawah ini beberapa sikap kebinatangan yang menguris hati ramai mahasiswa telah diperlakukan oleh JPMK kepada mahasiswa Mesir:


Pegawai JPMK-UMNO mengfitnah pengerusi tanta sesi 2009/10


Wakil JPMK-UMNO Encik Khairi Jalaluddin mengfitnah Pengerusi mengaku menjadi wakil Safarah untuk ambil tahu tentang kehadiran beliau ke Tanta. Siapa yang mengaku jadi wakil Safarah? Pengerusi pun tidak tahu apa-apa jika tidak dimaklumkan oleh wakil Amnu Daulah. Wakil Amnu Daulah dapat maklumat tersebut pun daripada pihak hotel. Jadi, kenapa Encik Khairi Jalaluddin nak berang kepada Pengerusi DPMT? Kenapa sampai menulis status di Facebook?


Menurut status Encik Khairi Jalaluddin di halaman Facebooknya sekitar jam 12:00 tengahari semalam (21 April 2010), tertulis “ada ke pelajar al-azhar mengaku jd wakil kedutaan di tanta. bila masa kedutaan bagi surat pelantikan?..pelik".


Persoalannya, siapa yang mengaku jadi wakil kedutaan? Kenapa pegawai ini tidak profesional dalam membuat sesuatu tindakan? Buatlah siasatan terlebih dahulu. Jangan tuduh melulu. berita lanjut baca di sini: http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=860:kronologi-persitiwa-dpmt-dengan-pegawai-jpmk&catid=3:dpm&Itemid=65


Mesyuarat agung UMNO 2009 mengusulkan PMRAM mesti dihapus


Rentetan dari mesyuarat agung UMNO inilah JPMK menjadi seteru kepada pelajar agama dan beberapa kaki tangan JPMK-UMNO berkerja keras sehingga hari ini aktiviti menyekat kebangkitan ummah menentang penyelewengan pemerintah sedang rancak direncanakan oleh JPMK-UMNO.


Menurut laporan malaysiakini, seorang perwakilan Umno luar negara yang menuntut universiti di Southampton, Britain mengusulkan supaya PMRAM diharamkan. Gesaan itu dibuat atas alasan kononnya ia menyebarkan ideologi politik pembangkang.


Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan juga menggesa biasiswa pemimpin Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.


"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya.


"Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang.


"Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut.


Walaubagaimana pun Presiden PMRAM menegaskan bahawa PMRAM bukanlah sebuah organisasi politik seperti Kelab Umno Mesir yang jelas nama dan gagasan ideologi politiknya adalah dari Umno Malaysia. Namun harus difahami bahawa jelas berbeza diantara berpolitik secara langsung dan mengambil tahu serta menyatakan pandangan dalam sebarang isu termasuk isu politik. Malah kewajipan masiswa menyatakan pandangan dalam sebarang isu adalah suatu kewajaran yang tidak dapat disangkal lagi. Ia bebas untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja , dimana-mana sahaja untuk memberikan sikap dan pandangan masing-masing selaku mahasiswa yang prihatin dan bersemangat patriotik.


Jelas, Pmram tidak pernah menamakan diri sebagai organisasi poltik , malah tidak wujud langsung dalam objektif penubuhannya sebarang gagasan politik seperti kelab Umno Luar Negara yang namanya pun sudah jelas membawa aspirasi Umno Malaysia.walaubagaimana pun PMRAM selaku pendokong kepada proses perkembangan kemahasiswaan yang baik tidak mengahalang sesiapa jua dari kalangan mahasiswa termasuk ahli kelab Umno dari menyatakan pandangan dan perbincangan sebarang isu kenegaraan termasuk isu politik Malaysia.


Apakah wakil kelab Umno tersebut sudah hilang pertimbangan sehingga mencadangkan agar PMRAM diharamkan kerana kononnya berpolitik. Sedangkan ia sendiri ahli kelab Umno yang jelas berpolitik.


Gesaannya supaya biasiswa pelajar yang meyertai PMRAM ditarik balik tidak lebih dari menunjukkan sikap politik kediktatoran yang berjaya disematkan kedalam setiap pemikiran ahli kelab Umno. Apakah pemikiran yang penuh hasad dan kedengkian ini yang menjadi tunjang kepada gerakan kelab Umno yang membawa aspirasi Umno Malaysia.


Sikap ini bukan sahaja mencerminkan dendam kesumat malah ia adalah lambang betapa tidak profesionalnya mereka setelah gagal mendapat tempat di kalangan mahasiswa Al Azhar yang terkenal sebagai kilang melahirkan pejuang Islam di seluruh dunia.


Apakah Kelab Umno Mesir terlalu menikus sehingga sanggup membiarkan wakil Kelab Umno Britain untuk membawa gesaan tersebut yang jelas mencampuri urusan mahasiswa Malaysia Mesir dan amat menyimpang dari dasar kesatuan dan perpaduan yang dicanangkan oleh Umno untuk menyatukan Melayu.


Apakah mereka tidak menyedari bahawa PMRAM adalah sebuah NGO besar Melayu di Mesir yang sah berdaftar dengan kerajaan Mesir.Mengharamkan PMRAM seumpama mengkhianati sebuah khazanah Melayu yang amat bernilai dalam siri sejarah keagungan perkembangan ketamadunan Melayu yang bertaraf antarabangsa.


PMRAM sendiri lebih awal ditubuhkan untuk menanungi rakyat Malaysia sekian lama sebelum tertubuhnya Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Malah kesatuan mahasiswa seawal penubuhan PMRAM lah yang menggesa supaya kerajaan Malaysia pada waktu itu mewujudkan sebuah kedutaan di Mesir.


Kini isu pengharaman PMRAM kembali timbul pada Perhimpunan Agung Umno setelah ia pernah disensasikan suatu ketika dahulu oleh menteri yang mengawal Kementerian Penerangan pada waktu itu.


Mantan menteri Umno Zainudin Maidin pernah mengecam PMRAM secara terbuka dalam arus media perdana Malaysia beberapa tahun dahulu. PMRAM diserang bertubi-tubi dengan tuduhan yang tidak berasas sama sekali.Di antaranya PMRAM dituduh mengongkong kebebasan mahasiswa Al Azhar. Malah nama PMRAM pernah meniti di setiap mulut kepimpinan Umno sebagai sasaran kedua yang wajib djatuhkan selepas kerajaan PAS kelantan suatu ketika dahulu.


Usaha pihak pemerintah ini dikuatkan lagi dengan usaha mengutuskan pegawai bagi menjaga setiap premis rumah-rumah negeri bagi menghalang PMRAM dari bergerak aktif di kalangan anak-anak negeri. Bukan sahaja PMRAM dilarang menggunakan dewan rumah-rumah negeri malah lambang PMRAM turut dilarang untuk dipamerkan dalam sebarang iklan dan notis.


Pmram juga pernah ditohmah sebagai pertubuhan haram, pengganas dan presidennya kaki perempuan dalam siri-siri kursus persediaan untuk ke Mesir oleh Biro Tata Negara Malaysia. Apakah perlu kerajaan Malaysia membayar ribuan ringgit kepada petugas-petugas BTN hanya semata-mata untuk memburukkan PMRAM dan mengugut mahasiswa baru dari bergerak aktif bersama PMRAM di Mesir.


Selain kecaman terbuka terhadap PMRAM dan ahlinya,Ia pernah dinafikan hak untuk menggunakan sebarang premis kerajaan Malaysia di Mesir. Malah sehingga kini PMRAM masih lagi dinafikan hak memiliki pejabat dan penggunaan Rumah Melayu (sekarang Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) oleh kerajaan Malaysia. Sedangkan umum mengetahui bahawa sejarah menyatakan tanah kawasan terbinanya (DMAK) asalnya adalah kurniaan kerajaan Mesir kepada PMRAM atas kebersamaannya mendokong kerajaan Mesir menghadapi Perang Mesir -Israel. Sebagai catatan umum, termaktub didalam surat perjanjian penyerahan tanah tersebut kepada kerajaan Malaysia ialah hak PMRAM untuk menerima suatu ruang di (DMAK) sebagai pejabat pentadbiran yang dinafikan hingga ke saat ini.


Bukan sahaja PMRAM yang dimangsakan oleh kerajaan bahkan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKSAM) juga pernahkan diharamkan oleh Kerajaan Selangor pimpinan Umno .Pelbagai sekatan yang telah dikenakan terhadap pelajar Selangor yang menyertai PMRAM,zakat disekat dan dipolitikkan, malah kemuncak penganiayaan tersebut ialah segelintir pelajar dihalau serta dihalang untuk menghuni asrama Selangor.Peristiwa yang hampir sama berlaku terhadap Keluarga Penuntut Terengganu (KPT) , hak penggunaan satu ruang di asrama Terengganu sebagai pejabat pentadbiran turut dinafikan.Terkini Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang Mesir(BKIMP) pula sedang diancam untuk dibubarkan oleh pihak tertentu.


Perjuangkan hak dan kesatuan mahasiswa Malaysia Mesir


JPMK menjadi balaci kepada umno musyrik


Zaman sekarang zaman orang menolak UMNO. Tetapi di mesir pelik ada seorang dua dalam JPMK belatar belakang pendidikan agama dikatakan lepasan Jordan sanggup benjadi kuda tunggangan kepada UMNO. Satu keaiban yang cukup besar bagi mereka yang berpendidikan agama menyokong parti toghut iaitu UMNO. Sepatutnya golongan ini berfungsi menyedarkan masyarakat supaya menjauhi parti toghut itu kerana secara jelas UMNO menolak kesyumulan islam itu sendiri sementara ia mengiakan ideologi ciptaan manusia dan diperkasakan.


Hari ini secara jelas umno menolak hukum Allah hudud. Pada masa sama kita semua tahu UMNO adalah sebuah parti kebangsaan Melayu yang berfahaman sekular.


Prof Dr Hamka telah menafsirkannya sebagai "Barangsiapa yang ada keyakinan dalam hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat."


Manakala fatwa Syeikh Mustafa Sabri dalam menyentuh tentang pemerintahan sekular ini, beliau menegaskan "Jalan pintas menjadi kafir ialah dengan memisahkan agama daripada pemerintahan."


Jelas di sini bahawa UMNO adalah sebuah parti Musyrik kerana dengan sengaja mengambil sistem pemerintahan toghut ciptaan manusia (penjajah) dan menafikan sistem pemerintahan Islam sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah SWT. UMNO juga menafikan perlaksanaan Undang-Undang (al-Hakimiyyah) Allah.


Oleh kerana UMNO berjaya menjadi pemerintah sejak sekian lama di atas undi rakyat dalam pilihanraya umum, maka setiap orang Islam yang mengundi UMNO/BN turut sama syirik kepada Allah. Ini adalah kerana Setiap undi yang diberikan bermakna redha dan menyokong segala dasar dan undang-undang yang diguna-pakai oleh pemerintah.


Sabotaj program mahasiswa bersama ulama 2009


Tahun lepas zaman pentadbiran Al-Fadhil Ustaz Abdul Muiz Muhammad sebagai presiden PMRAM telah menganjurkan Program Pembacaan Kutub Sittah bersama para ulama terkemuka di mesir yang menelan belanja puluhan ribu ringgit meninggalkan 1001 pengalaman. Tanpa diduga program yang mulia ini tidak senang dilihat oleh pihak yang menyimpan dendam kesumat kepada PMRAM iaitu JPMK-UMNO telah mensabotajkan program tersebut.


program yang mulia seperti ini, bersama sohibul somahah mufti dan para ulamak terhebat di mesir JPMK sanggup memboikot dengan menghantar surat kepada pihak Al-Azhar Conference Center (ACC) untuk menarik balik keizinan menggunakan dewan ACC tersebut.. jamil sebagi dalang utama dalam mengagalkan program ini kerana surat yang dihantar kpd pihak ACC bertanda tangan si jamil


Angkara JPMK-UMNO program pelajar muadalah dihapuskan bermula pada tahun 2008


Mu'adalah dihapuskan satu ketika dahulu disebabkan agamawan sudah kurang diperlukan.. Patut ke?


Banyak kolej yang terlibat langsung menghantar pelajarnya menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar selepas belajar di dalam negara dua atau tiga tahun. Kolej yang terlibat termasuklah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Kelantan.


Pelajar-pelajar ini akan melalui proses temuduga semula semasa tiba di Mesir untuk menentukan tahun mereka sepatutnya sambung berdasarkan keputusan yang mereka perolehi.


Timbalan Menteri Datuk Haji Idris Harun yang merupakan Ahli Parlimen Tangga Batu memberitahu parlimen dalam jawapannya kepada Ust Nasharuddin mengatakan permintaan pasaran terhadap graduan agama adalah minima. Sebab itu telah mendorong kerajaan menghadkan penghantaran pelajar ke al-Azhar. Keputusan tersebut jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan lebih mengutamakan pembangunan fizikal berbanding pembangunan insan yang bersepadu. Kerajaan masih belum belajar tetang msalah sosial dalam negara kita yang hanya boleh diselesaikan dengan agama.


Banyak persoalan yang timbul dalam persoalan pembatalan MOU ini. Adakah pembatalan al-Azhar dalam isu MOU ini adalah dengan campurtangan kerajaan Malaysia? Apakah nasib yang akan dihadapi oleh pelajar yang berada di kolej-kolej ini? Adakah pihak kerajaan akan membayar pampasan kepada ibubapa pelajar yang sudahpun mengeluarkan perbelanjaan yang begitu banyak
dari poket sendiri untuk menanggung anak-anak mereka semasa belajar di kolej-kolej ini? Apakah pelaburan kerajaan negeri sebelum ini dalam membina prasarana yang bernilai puluhan juta akan lebur begitu sahaja? Adakah ini satu lagi diskriminasi terhadap kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat yang mana kebanyakan kolej-kolej ini berada di negeri-negeri terbabit.


Jawapan kerajaan ini amatlah tidak bertanggungjawab dan penghinaan kepada graduan agama khususnya graduan al-Azhar yang cukup berjasa terhadap perkembangan Islam di Negara kita.


Lihat juga: http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=13854


Menekan pegawai rumah negeri menggunakan ugutan amnu daulah (polis) yang berkerja di kedutaan


Angkara JPMK, pegawai yang datang pada mulanya mewakili kerajaan negeri masing-masing sebagai perantaraan kerajaan negeri dengan masyarakat pelajar. Tetapi sejak akhir-akhir ini kebanyakan pegawai rumah negeri itu berfungsi menjayakan agenda-agenda JPMK yang jelas menekan mahasiswa terutama dari negeri yang diperintah oleh pembangkang.


Dalam hal ini pegawai-pegawai tersebut tidak boleh dipersalahkan seratus peratus kerena mereka juga menghadapi tekanan dari pihak JPMK yang menyalahgunakan kuasa polis yang berada di Kedutaan Malaysia kaherah.


Dalam hal ini juga kebenarannya masih dalam siasatan.


Penyebab kepada pelajar perubatan & ma’ahad Qiraat Syubra tidak dapat menduduki peperiksaan


Siri pengkhianatan JPMK-UMNO tidak setakat mengugut pelajar yang terlibat dengan persatuan seperti PMRAM itu saja. Bahkan tahap kedurjaan JPMK-UMNO terhadap pelajar agama ini teserlah dengan peristiwa yang menyayat hati telah melibatkan sejumlah 143 pelajar Ma’ahad Qiraat Syubra tidak dapat menduduki peperiksaan. Berita lanjut baca disini


• http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/isu-qiraat-disiarkan-di-dalam-harakah.html
• http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26532:kementerian-diminta-selesai-masalah-pelajar-kita-di-mesir&catid=1:utama&Itemid=50
• http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/jawapan-balas-terhadap-kenyataan-rasmi.html
• http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/kronologi-sebenar-yang-cuba.html



Lihat juga video Kamaruzzaman Muhammad setiausaha DPPP menyerahkan memorandom kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berkaitan isu ini:(Link)


Pegawai JPMK tidak professional


Selalu kata-kata yang menyakitkan terlompat keluar dari mulut pegawai JPMK-UMNO terutama apabila anak-anak dari negeri Kelantan dan selangor ingin berurusan dengan mereka. antara kata-kata tersebut “saya proses urusan saudara/ri ini atas ihsan saya, diikutkan tidak layak”. Begitulah lebih kurang ayatnya. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat yang mengguris hati mahasiswa yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman politik sempit pagawai JPMK-UMNO.


Adakah penghapusan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) angkara JPMK juga?


Bermula tahun ini tidak ada lagi mahasiswa baru yang ditauzek ke cawangan. Semuanya dilambakkan di Kaherah. Seluruh Mesir terdapat lapan DPM yang menaungi anak melayu di cawangan Al-Azhar masing-masing.


Sekadar menimbulkan persoalan. Adakah penghapusan DPM ini dalam mempupuskan ahli PMRAM?. Kenapa DPM? Kerana DPM mempunyai hubungan "direct" dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir, dan DPM mempunyai "kuasa" penuh yang diberikan.


DPM akan cuba dirobek sedikit demi sedikit. Cawangan yang cuba dirobek di peringat awal ialah Syibin dan Syubra. Berapa kerat yang diagihkan ke Syibin? Semua pelajar wafidin akan ditempatkan di dalam satu U "khas" di Kaherah. Eh, kenapa? Ya, untuk memadamkan nama "al Azhar" dari mata masyarakat Melayu. Selepas ini, tiada lagi al Azhar. Siapa punya tangan kotor segala perancangan ini?



JPMK: sama-sama UMNO pun mereka tak sebulu dan berkelahi

Saya terbaca blog milik ahli UMNO tegar di Mesir. Mungkin disebabkan keterbukaan pemikiran beliau kebelakangan ini beliau banyak membongkar penyelewengan UMNO mesir termasuk JPMK yang ramai orang tidak mengetahuinya. Blog yang dimaksudkan ialah Mohd Faizal bin Sabhon. Mudah-mudahan Allah membuka pintu hati agar beliau dapat meninggalkan perjuangan UMNO itu.


Sila layari: (Link)


Ahli UMNO sendiri dah meluak dengan isu UMNO dan JPMK entah kalau ada lagi mahasiswa baru yang berminat untuk bersama UMNO. Dunia sudah terbalik.



Fungsi persatuan berdaftar dengan JMPK kabur


Peruntukan untuk Kebajikan dan Aktiviti tidak sampai kepada BKAN dan ahli-ahlinya.


http://jpmk.info/?page_id=760


Lihat link di atas. Persoalannya, berapa banyak peruntukan yang JPMK pernah bagi pada BKAN? Anak emas JPMK seperti UMNO, ISMA dan ABIM dapat jauh lebih banyak dari BKAN, sedangkan BKAN jauh lebih layak untuk mendapatkan dana ini, selaras frasa petikan web di atas "Dana untuk Tabung Kecemasan dan Rawatan ini adalah hasil sumbangan kerajaan negeri".


BKAN telah mengikut prosedur yang ditetapkan JPMK. Hantar Kertas Kerja awal, follow-up dengan pegawai JPMK, hanya untuk dikecewakan dengan ayat "peruntukan dah habis", dan "maaf, kami tak dapat bagi untuk program ini". Tak lama kemudian, dengar khabar ISMA dapat peruntukan JPMK banyak sampai dapat buat Jaulah Sinai dengan cukup murah. Mana keadilan? JPMK banyak membantu ISMA untuk pecah-belahkan kesatuan mahasiswa yang sekian lama BKAN usahakan.


Apa JPMK dah buat untuk bantu BKAN?.. Tiada. Bahkan JPMK banyak menyusahkan BKAN. Program Kutub Sittah PMRAM melibatkan ahli dari semua BKAN. Tergamak JPMK susahkan ahli BKAN nak menuntut ilmu Hadis. Langsung tiada perikemanusiaan.



JPMK-UMNO Menipu pelajar perubatan


Sudah tiba masanya pihak persatuan Perubatan mengumumkan perang terhadap JPMK-UMNO yang tidak habis-habis menyusahkan pelajar. Terbaru pelajar perubatan diperbuat seperti tunggul kayu oleh JPMK-UMNO bila mana pelajar dipanggil untuk membuat taklimat biasiswa tetapi akhirnya bertukar menjadi program taklimat penerangan mengenai kelab Umno.


Jika anda pelajar perubatan yang bermaruah mesti bangkit dari penghinaan ini.


Berikut adalah laporan dari akhbar Harakahdaily:


MANSURAH (Mesir), 17 Okt: Taklimat biasiswa yang diadakan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di Dewan Handousa, Kuliah Perubatan, Universiti Mansurah, semalam telah bertukar menjadi taklimat penerangan mengenai kelab Umno.


Majlis yang berlangung pada pukul 3 hingga 5 petang itu telah dihadiri oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan, Universiti Mansurah sehingga dewan besar itu melimpah.Penceramah jemputan yang juga mewakili Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Khairy Jalaluddin telah mengedarkan borang kelab Umno yang juga tertera lambang Umno kepada seluruh hadirin.


“Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang Umno dulu,” begitulah antara intipati ucapan daripada penceramah jemputan.


Majlis yang sepatutnya banyak membicarakan tentang biasiswa diubah formatnya kepada lebih membicarakan tentang Umno dan juga ISMA.


Bagi hadirin, majlis itu adalah satu pengkhianatan dan penipuan kepada mahasiswa.


“Kami sepatutnya diberikan taklimat mengenai biasiswa sebaliknya diperbodohkan dengan taklimat lain,” ujar salah seorang hadirin.


Dalam masa yang sama, majlis itu juga tidak dimaklumkan awal sebaliknya dihebahkan pada hari ia dilangsungkan.


Kesemua mahasiswa dimaklumkan mengenai perkara ini secara tergesa-gesa dan juga diingatkan untuk membawa salinan keputusan SPM sebagai langkah untuk mengisi borang biasiswa.


“Adakah pengedaran borang Kelab Umno termasuk dalam tugasan JPMK. Kalau begitu JPMK sebenarnya telah membawa agenda politik dalam jabatan mereka dan perkara ini adalah sama sekali salah dalam amanah yang telah diberikan kepada mereka,” kata seorang pelajar senior Mansurah.


Pun begitu, majlis itu tidak diketahui siapakah penganjurnya dan perjalanannya sangat berterabur.


Penceramah jemputan dalam masa sama juga adalah seorang pengerusi majlis dan juga pengedar borang Kelab Umno.


Menurut seorang hadirin lagi, siapa yang menjemput Khairy dan siapakah yang merancang kehadirannya untuk majlis itu masih tidak diketahui.


Rujukan:

http://fromegypt-wewrite.blogspot.com/
http://www.tranungkite.net/v10
http://lebah.wordpress.com
http://najhie.blogspot.com
http://ibnuirfadzil.blogspot.com
http://desakjpmk.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment