KAJANG 7 DIS: Insiden Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan 'tazkirah' ketika mengadakan kunjungan ke Surau Al-Huda hangat dijaja oleh kerajaan Umno.
Umno juga mendakwa pemimpin itu menghina Islam kerana memasuki ruang solat surau pada 22 Ogos lalu tanpa mengenakan tudung.
Teo dalam ucapannya pada Program Makan Malam Rakyat Marhaen di Stadium Kajang semalam memberitahu beliau sebagai wakil rakyat hanya menjalankan tugasnya kepada masyarakat yang memerlukan bantuan tidak kira agama, bangsa dan kefahaman politik tetapi tindakkan itu digunakan oleh Umno untuk mengwujudkan 'Islam Fobia' dikalangan masyarakat bukan Islam.
"Saya nak maklumkan bukan sahaja di negara barat ada Islam Fobia tetapi sebenarnya di negara kita Malaysia sendiri ada Islam Fobia dan siapa yang mengwujudkan Islam Fobia ini, Umno walaupun mereka beritahu mereka mempertahankan Islam tetapi saya rasa mereka yang banyak mengunakan agama Islam untuk manfaat sendiri," jelasnya dihadapan 2500 orang.
Terbaru,Teo mendakwa dalam satu ruang forum di Pontian Johor, beliau dikaitkan dengan isu Islam Fobia ini oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong kepada lebih 1000 masyarakat setempat disitu.
Menurut Teo, dalam forum itu Timbalan Menteri berkenaan mendakwa beliau (Chua) banyak menerima jemputan dari masjid dan surau tetapi beliau tidak mahu masuk ke tempat itu kerana tidak mahu di 'Melayukan' dan di 'Islamkan'.
"Ini jelas menunjukkan dalam hati pemimpin MCA ada wujud perasaan Islam Fobia, sedangkan mereka sudah lama bersama dengan Umno tetapi dalam hati mereka masih ada Islam Fobia dan saya juga tidak menafikan ada dikalangan masyarakat Cina ada perasaan seperti ini," ujarnya.
Tambahnya lagi, dasar Pakatan Rakyat jauh lebih jelas dari kepimpinan Barisan Nasional kerana komponen Pakatan Rakyat sentiasa berusaha menghapuskan 'Islam Fobia' dan sebaliknya komponen Barisan Nasional seakan mahu mencetus ideologi ini.
"Sebagai seorang wakil rakyat ini adalah tanggungjawab saya untuk menghapuskan Islam Fobia ini.
"Ini adalah tugas Pakatan Rakyat untuk menghapuskan Islam Fobia sekaligus mengwujudkan sebuah negara Malaysia yang sejahtera," jelasnya.
Ekoran dari situasi ini, Teo menjelaskan pada tahun 1960 jumlah rakyat yang berhijrah kurang dari 10 ribu tetapi kini jumlahnya meningkat kepada 1.5 juta.
Keadaan ini juga adalah impak dari kepimpinan Umno dan Teo menyeru untuk mengatasi masalah ini rakyat tidak perlu menukar kewarganegaraan sebaliknya menukar kerajaan pusat pada PRU akan datang.
"Saya rasa kita tidak perlu menukar kewarganegaraan tetapi apa yang kita perlu buat ialah menukar kerajaan pusat kita," katanya.
Sumber: RakyatMarhaen
No comments:
Post a Comment