TAIPING, 24 Dis.:- Ahli Parlimen tidak pernah diberi peluang untuk membahaskan laporan tahunan pelbagai agensi termasuk Felda dan Felcra juga petronas kerana mengelakkan ianya dibahas. Demikian antara penegasan Timbalan Presiden PAS , Ust. nasarudin Mat Isa dalam oPerasmian Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA)di Markaz Tarbiyah PAS Perak Ayer Kuning di sini petang ini.
Beliau juga mendedahkan pelbagai penipuan dilakukan kepada dana Felda dengan perbelanjaan sebanyak RM 60 juta dengaan menghantar anak peneroka ke Universiti Lim Kok Weng untuk belajar disana.
"Apakah kewajaran wang sebanyak itu dikeluarkan sedangkan jumlah sebesar itu sudah melayakkan Felda membuaka Universitinya sendiri" Tegasnya.
Timbalan Presiden PAS, Ust. Nasarudin Mat Isa merasmikan Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) Peringkat Kebangsaan di Markaz Tarbiyah Ayer Kuning Taiping petang ini.
Menurutnya juga Pakatan Rakyat amat yakin dalam tempoh 100 hari dapat dilaksanakan termasuk isu RM 500 untuk guru dan isu Felda. Kerana itu seluruh negara melihat perkara itu boleh dilaksanakan.
Beliau juga memuji pendekatan PAS dengan penubuhan ANAK dan BAPA yang menyebabkan sokongan yang datang dari bukan sahaja ahli PAS tetapi juga dari bukan PAS.
"Bila Ngo ini ditubuhkan maka masalah yang diperjuangkan dengan sejelas yang mungkin, begitulah harapan yang akan dilakukan oleh BAPA untuk menndedahkan isu-isu berkaitan Felcra". Karanya
Beliau juga berharap sokongan semaksimanya untuk membantu BAPA dan memberi aset kepada kemenangan perjuangan kita.
Sumber : Cina Islam
No comments:
Post a Comment