Pemuda telah diletakkan dalam keadaan siap siaga dan sedia berjuang bagi memenangi kerusi DUN Tenang biarpun menyedari laluan sukar terpaksa dihadapi. Namun Pemuda Pakatan Rakyat akan memaksimumkan gerakkerja penerangan dan aktiviti kepemudaan guna memenangi hati pengundi agar memihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Tenang kelak .
Peluang untuk menang senantiasa terbuka dan kita mengharapkan pertolongan dari Allah swt agar kejayaan menjadi milik kita di DUN Tenang nanti justeru DUN Johor sangat memerlukan suara dari Pakatan Rakyat untuk check and balance terutama pada setiap kali sidang DUN .
Insyaallah , Pemuda Pakatan Rakyat akan menurunkan sekurang - kurangnya 1500 orang jentera utama di majlis pelancaran jentera pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat yang akan berlangsung pada 1 January 2011 bersamaan 26 Muharram 1432 . [ sabtu ]
Gambar
Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh Yb Tuan Hj Salahudin Ayub [ Naib Presiden PAS 2 ] pada jam 5 petang di Perkarangan Markjaz Operasi Pemuda PAS di No 1A jalan Segamat Pekan Tenang .
Ceramah motivasi gerakkerja sebelum perasmian akan disampaikan oleh Ketua DPP Malaysia ybhg Tuan Haji Nasrudin Hassan Tantawi , Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua DAPsy Yb Anthony Loke .
Semua dijemput hadhir .
Sumber : Episode Sebuah Perjuangan
No comments:
Post a Comment