SELAMA, 1 JAN - Kebaculan pemuda umno bahagian Larut kini telah terbukti apabila program debat antara Ketua Pemuda PAS Larut, saudara Nazri Din dengan Ketua Pemuda UMNO Larut , saudara Anwar Arifin tidak menjadi kenyatan disebabkan Ketidakhadiran ketua pemuda umno larut dan telah membuatkan orang ramai yang hadir berasa kecewa dengan sikap Ketua Pemuda UMNO Larut itu.
Setelah menerima berbagai halangan dari pihak tertentu ,program debat yang akan diadakan di Dewan Padang Astaka, Batu Kurau dipindahkan ke Dewan Majlis Daerah Selama. Orang ramai, Wakil Pemuda PAS Larut, Penganjur Program serta Perantara Debat menunggu hampir tiga jam, namun kelibat Ketua Pemuda Umno Larut tidak kelihatan.
“ Kami di pihak yang benar ! “ laung pimpinan Pemuda PAS Larut disambut dengan laungan takbir oleh para hadirin "
Sementara itu, setelah Akmal Kamarudin selaku Naib Ketua Pemuda PAS Larut berjaya menghubungi sudara Anwar untuk bertanyakan dan mendapatkan penjelasan darinya. Namun, seperti lazimnya yang menjadi amalan pemimpin umno beliau memberikan berbagai alasan kuno untuk tidak hadir ke dalam Debat tersebut.
“Anehnya, Pemuda umno yang ajak kami berdebat, tapi mereka memberi banyak alasan yang tidak munasabah untuk tidak hadir sekalipun kami menawarkan untuk berdebat di pejabat umno Batu Kurau atau Pejabat umno di Selama ianya tetap ditolak” Kata Akmal.
“Kami rasa amat kesal dengan sikap mereka kerana kami telah menyediakan pelbagai isu tempatan berkaitan kepentingan rakyat,Melayu dan Islam untuk diketengahkan dalam debat,”
“Kita komited untuk terus memperjuangkan hak rakyat, Islam dan Melayu dengan konsep “Islam Adil untuk semua” dan menolak topeng ketuanan Melayu yang dicanangkan umno demi kepentingan politik murahan umno semata-mata” katanya lagi.
Sumber : Cina Islam
No comments:
Post a Comment