DR. Paul Ekman spesialis tentang ekspresi muka, emosi dan kebohongan mengatakan bahwa cara paling mudah mengenali pembohong adalah lewat bahasa tubuhnya.
Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Tersangkut-sangkut
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba tersangkut-sangkut merup
akan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia teragak-agak untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
Detecting Lies
Liars often fidget. This occurs because the person's nervous system reacts to the lie, producing excess energy. This excess energy can manifest itself in a number of ways:
- Covering one's mouth or face. This often occurs when the liar feels bad or guilty for telling the lie.
- Touching the nose. When we lie, the tissues in our nose engorge with blood and cause them to tingle or itch.
- Nervous hand movements. This includes wringing the hands together and rubbing, picking or playing with the fingers.
- Defensive behaviors such as leaning backward and crossing the arms or legs. These act as a "barrier"for the person and reduces their anxiety levels.
- Holding an object in front of the body as a sort of invisible barrier.
- Rubbing the neck.
- Rubbing the eyes. This indicates that the person doesn't believe or disagrees with a statement.
- Shuffling the feet.
- Clenched jaw.
- Licking the lips.
Ulasan GB
Untuk orang yang berilmu, yang belajar mengenai "human communication" terutama yang mengkhususkan di bidang "body language", mudah baginya untuk mengesan samada seseorang itu berkata benar atau berdusta.
Sebagai umat Islam, kita juga percaya roh yang ada di dalam tubuh kita adalah suci dan tidak berdusta. Setiap kali seseorang itu berdusta atau berbohong, roh kita akan menggerakkan anggota tubuh badan untuk menunjukkan jasadnya itu sedang bedusta. Hanya yang makrifat dapat membaca yang tersirat setiap apa yang tersurat.
Justeru itu, kemana si pendusta mahu lari?
Sumber : Kelab Greenboc
No comments:
Post a Comment