Thursday 23 June 2011

Memperingati almarhum Ustaz Fadzil Noor




KUALA LUMPUR, 23 Jun: Tanggal tarikh 23 Jun, pasti saya terkenang pulangnya sahabat saya, almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ke sisi Allah SWT, tulis Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam blognya.

Menurutnya, almarhum merupakan sahabat sejati semenjak dari zaman ABIM lagi.

“Pada tahun 1998, almarhum setia membela saya serta keluarga yang difitnah dan ditohmah dengan tuduhan yang mengaibkan,” katanya.

Berikut tulisan beliau di dalam blog www.harapanmalaysia.comTanggal tarikh 23hb Jun, pasti saya terkenang pulangnya sahabat saya, almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ke sisi Allah SWT.

Almarhum merupakan sahabat sejati semenjak dari zaman ABIM lagi.

Tatkala saya ditahan di Kamunting selama dua tahun ekoran demonstrasi besar besaran membela nasib rakyat miskin di Baling, almarhum terpaksa memikul tanggungjawab memangku tugas sebagai Presiden.

Pada tahun 1998, almarhum setia membela saya serta keluarga yang difitnah dan ditohmah dengan tuduhan yang mengaibkan.

Tujuh hari selepas saya ditahan, tanggal 27hb September 1998, almarhum bersama Azizah dan sahabat seperjuangan yang lain menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat atau lebih dikenali sebagai GERAK.

Permuafakatan ini terdiri dari pelbagai parti politik dan gerakan massa demi membawa Perubahan serta menentang kezaliman Umno- Barisan Nasional.

Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT moga ruh almarhum dilimpahi kerahmatan dan ditempatkan di sisi mereka yang soleh.

Al Fatehah.

ANWAR IBRAHIM

Datuk Fadzil Mohd Noor meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi.

Jenazah almarhum disemadikan di madrasah tempat kelahiran beliau di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah sesuai dengan wasiat beliau.

Sumber :http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3955-memperingati-almarhum-ustaz-fadzil-noor

No comments:

Post a Comment