Janji Ditepati - 'Buah tangan' terbaru BN untuk raih undi menjelang PRU 13 |
27 Sya'ban 1433 H | 17 Julai 2012
KUALA
LUMPUR, 17 Julai – Pimpinan Barisan Nasional (BN) membuat percubaan
untuk mempersonakan pengundi bandar dalam pilihan raya umum (PRU) akan
datang dengan menggunakan pelancaran Hari Kebangsaan di tiga tempat
bersejarah bagi tiga kaum terbesar - Brickfields, Kampung Baru dan Petaling Street, di tengah kota kata beberapa orang penganalisis politik.
“Mereka (BN) perlu lakukannya.
“Mereka tidak boleh meninggalkan pengundi bandar,” kata penganalisis politik, Karim Raslan kepada The Malaysian Insider.
Penganalisis lain berkata, sambutan hari kebangsaan memang telah selalu digunakan oleh BN untuk menonjolkan imej mereka dengan bendera Jalur Gemilang – dan akan tersebar ke seluruh negara dan menunjukkan sikap patriotik rakyat.
“Mereka (BN) perlu lakukannya.
“Mereka tidak boleh meninggalkan pengundi bandar,” kata penganalisis politik, Karim Raslan kepada The Malaysian Insider.
Penganalisis lain berkata, sambutan hari kebangsaan memang telah selalu digunakan oleh BN untuk menonjolkan imej mereka dengan bendera Jalur Gemilang – dan akan tersebar ke seluruh negara dan menunjukkan sikap patriotik rakyat.
“Pada pendapat saya, tema hari kebangsaan, ucapan dan retoriknya telah selalu mengikut acuan parti pemerintah,” kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre.
Ibrahim juga mengatakan pilihan Najib untuk melancarkan program di Brickfields kerana mahu masyarakat India merasakan kehadirannya” dan ini adalah isyarat sokongan masyarakat India terhadap BN dalam keadaan kritikal.
“Ini juga adalah langkah untuk menutup berita negatif yang memberi kesan terhadap masyarakat India akibat daripada serangan media terhadap Ambiga, dan juga janji yang belum ditunaikan kepada mereka,” katanya merujuk kepada Datuk Ambiga Sreenevasan, pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
“Pelancaran hari Hari Kebangsaan akan menjadi satu aspek dan satu lagi adalah untuk memastikan kekuatan parti pemerintah itu,” katanya lagi.
Menurut seorang lagi penganalisis politik, Ong Kian Ming, apabila memberikan komen tentang slogan baru “Janji Ditepati” berkata: “Slogan baru digunakan untuk PRU yang semakin hampir kerana slogan 1Malaysia telah digunakan dalam satu jangkamasa yang agak panjang.”Beliau juga mengatakan langkah ini adalah “simbolik untuk mendekati” tiga kaum terbesar di mana BN memerlukan undi mereka menjelang PRU yang perlu diadakan selewat-lewatnya April tahun hadapan.
PM keenam itu sudah menjelajah seluruh negara di bawah program Jelajah Janji Ditepati yang dianjurkan oleh TV3, stesen swasta utama Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) – dibawah penguasaan partinya, Umno.
Program jelajah bertujuan untuk mengingatkan pengundi bahawa pentadbirannya telah menunaikan janji mereka semenjak mengambil alih pentadbiran Negara pada April 2009. Najib memerlukan mandatnya sendiri oleh kerana beliau menggantikan Tun Abdullah Badawi setahun selepas PRU 2008.
Pengarah Pusat Inisiatif Polisi (CPI), Dr Lim Teck Ghee dengan berterus terang mengatakan bahawa pelancaran program “Kibarkan Jalur Gemilang” adalah program pra pilihan raya bagi BN.
“Sambutan hari kebangsaan tidak seharusnya dieksploitasikan untuk tujuan politik.
“Cara BN memanipulasi hari kemerdekaan menunjukkan bahawa parti tersebut berada dalam keadaan sangat terdesak,” katanya sambil menambah kerajaan pusat kini “menggunakan apa sahaja peluang untuk menunjukkan kebaikan BN dan untuk memenangi undi.”
Katanya lagi, parti pemerintah dilihat “menggunakan hari kebangsaan, festival nasional dan jentera kerajaan untuk membeli undi”, akan tetapi menjelaskan keadaan yang berlaku sebagai “sisi kelabu dalam etika berpolitik.”
Sambil menjelaskan ini adalah 'acara yang dilakukan hanya sekali', Lim berkata pengundi tidak mudah 'digoda dengan kempen perhubungan awam ini' oleh kerana terdapat kontradiksi di antara apa yang mereka dengar dan apa yang mereka lalui dalam kehidupan sebenar. - themalaysianinsider
No comments:
Post a Comment