1.
Mengarahkan semua petugas, ahli dan pimpinan PAS untuk sentiasa menggenggam
matlamat perjuangan untuk Islam, memurnikan fikrah perjuangan, tidak leka,
tidak melaksanakan perkara yang merugikan perjuangan, seterusnya tidak
mencelarukan fikrah dengan urusan yang tidak penting.
2.
Mengarahkan agar semua jentera parti : dewan - dewan, lajnah, negeri untuk
menumpukan perhatian kepada kerja pilihanraya, dengan ikrar untuk
mempertahankan negeri yang ditadbir menerusi muafakat Pakatan Rakyat, dan
seterusnya melebarkan ke negeri lain, hinggalah ke pemerintahan Pusat.
3. Menyeru
kepada semua Kerajaan negeri di bawah PAS bersama Pakatan Rakyat - menggunakan
masa yang tinggal ini untuk menyelesaikan urusan rakyat, teruskan kerja
kebajikan; tanpa meninggalkan gerakerja parti hingga ke peringkat bawah dalam
masyarakat.
4.
Mengarahkan kepada semua pihak dalam parti, supaya berada di tahap
bersiap-siaga yang paling tinggi untuk menghadapi Pilihanraya umum ke-13 – di
mana kita akan berdepan dengan mainan nakal serta provokasi media dan BN yang
terus menerus melaga-lagakan pimpinan PAS ke tahap yang tidak dapat kita
bayangkan, akan terus memporak-perandakan PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat
sebagai langkah untuk melemahkan saf dan semangat kita. Jangan mundur, jangan terkeliru.
Dengarlah panduan dan kenyataan rasmi yang diberikan oleh pimpinan tertinggi
dari masa ke semasa. Semua pihak dalam parti perlulah mengelakkan diri dari
melakukan kesilapan yang meremehkan kita di hadapan rakyat.
5.
Mengarahkan kepada semua pihak dalam parti supaya melaksanakan tugas
pilihanraya masing-masing dengan penuh hikmah, mengajak rakyat untuk berubah -
bukan memusuhi rakyat, bertemu, bercakap dan menulislah dengan bahasa yang
difahami oleh mereka, semuanya dengan penuh keikhlasan untuk mendapat keredhaan
Allah SWT.
6.
Mengarahkan kepada semua saf kepimpinan dan ahli, marilah sama-sama kita
mengeratkan ukhuwwah sesama kita, dan terus memperkukuhkan hubungan hablun
minallah semua petugas dan ahli PAS sebagai senjata yang akan menguatkan semangat
berjuang, tidak mundur, dan memohon pertolongan dari Allah SWT serta
bertawakkal kepada Nya. Suasana menghadapi pilihanraya janganlah menjadi
penghalang kepada memperbanyakkan amal ibadat, solat, puasa sunat, bermunajat
yang akan menjadi benteng dalam perjuangan kita ini kerana kemenangan Islam
adalah kurniaan Allah SWT.
7. Marilah
pada hari ini, kita sama-sama memahami tema muktamar kali ini, serta menyusun
gerakerja dan strateginya nanti dalam semangat tema muktamar NEGARA
BERKEBAJIKAN TERAS PERPADUAN.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
No comments:
Post a Comment