Thursday 15 November 2012

Ulamak Haraki Benteng 'Izzah Islam

 
Saf Kepimpinan Dewan Ulamak Pas Pusat
Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat

1. Kita menang apabila kia berjaya menjadi mata rantai kepada perjuangan.
2. Kita menang apabila kita berjaya menyampaikan Islam\
3. Kita menang apabila berjaya mengIslamkan insan-insan yang sebelumnya kufur kepada Allah atau sekurangnya menjadikan yang bukan Islam tidak menjadi penentang kepada Islam
4. Kita menang apabila berjaya mendidik muslim unduk dan patuh pada syariat Allah.
5. Seterusnya kita menang apabila kita bejaya menobatkan 'Izzah Islam dipersada kuasa pemerintahan

Ulama Haraki:

1. Takrifan Ulamak : mereka yang mempunyai dua ciri iaitu berilmu dan bertaqwa. Berilmu tanpa taqwa bukanlah ulamak. Bertaqwa tanpa ilmu pula hanya bergelar 'Ibad.
2. Takrifan Ulamak HARAKI: merupakan ulamak yang bergerak dalam masyarakat menyampaikan risalah Islam. Ulamak haraki tidak hanya berilmu untuk amalan dirinya mereka menjadi kesinambungan tugas kenabian bagi melaksanakan tugas menyampaikan Quran, mengajar isi kndungannya, dan membersihkan manusia dari najis aqidah yang sesat dan akhlak yang buruk.


Peranan ulamak haraki dalam parti:

1. Ulamak haraki benteng dasar thabit dalam PAS: Dasar PAS ialah Islam. Sumber rujukannya ialah Quran, Hadis, Ijma', Qias. Ulamak pelu memastikan PAS sentiasa berada dilandasan Islam dalam seluruh tindakan dan keputusannya dengan merujuk kepada kepada keempat-empat sumber tersebut

2. Memacu Ijtihad siyasi dalam mutaghaiyirat: Ulamak dalam PAS berijtihad dengan merujuk kepada Quran dan Hadis yang membenarkan Tahaluf siyasi dengan parti-parti lain dengan syarat sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya 

3. Membetulkan kecelaruan pemikran tentang Hudud: Ada ahli yang bercelaru merasakan bahawa ianya tidak perlu dibicarakan dalam tahaluf siyasi.Setengahnya terkeliru dengan pandangan bahawa hudud tak perlu dilaksanakan kerana keadaan bermasyarakat rakyat Malaysia yang belum kondusif. Ini semua adalah kecelaruan pemikiran kerana gagal mengikuti tarbiyah PAS.

4. Membetuk minda rakyat menerusi media baru: Ulamak haraki bukan sahaja menyampaikan ucapan ceramah dan pengajaran menggunakan kaedah tradisioanal tapi perlu menyebakan ilmu melalui medium baru sebagai satu bentuk dakwah yang telah diterima ramai pada masa kini. Contohnya, blog, youtube, web dan lain-lain.

 Dr. Mahfodz
Naib Ketua Dewan Ulamak

No comments:

Post a Comment