Tulisan ini
penulis paparkan kembali di saat mula kedengaran suara dan tulisan yang
mempertikaikan kewujudan kepimpinan ulamak. Tulisan ini penulis tulis pada 9
mei 2009, mungkin terdapat beberapa fakta yang lama yang tiada kaitan, namun
beberapa isi yang sedia ada penulis rasa agak sesuai untuk dihangatkan kembali
Penulis
terbaca sedutan wawancara bersama dengan Tim. Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr. Haron
Din berkenaan dengan kepimpinan Ulamak.
Beliau telah
menjelaskan kekeliruan yang timbul di saat terdapat segelintir ahli dan
pimpinan PAS mula mempertikaikan gagasan kepimpinan Ulamak.
Ada yang
mencadangkan agar gagasan kepimpinan ulamak ini ditukar kepada kepimpinan
bertaqwa. Penulis pun tidak pasti apa asas dan tujuan penukaran ini.
Kepimpinan
Ulamak di susun secara sistematik semenjak tahun 1982 setelah ahli PAS melihat
kepimpinan PAS ketika itu (zaman Dato’ Asri Muda) mempunyai arus perjuangan
yang kabur. PAS dilihat sebagai gerakan Nasionalis seperti UMNO.
Oleh itu,
ahli PAS bangkit kembali untuk mengembalikan PAS kepada perjuangan asalnya dan
dimantapkan lagi dengan perbentukan kepimpinan Ulamak.
Gagasan
kepimpinan ulamak ini digagaskan kerana PAS ketika itu betul-betul berada dalam
keadaan lemah dan seolah-olah hilang prinsip perjuangannya.
Oleh itu,
kepimpinan Ulamak digagaskan bagi menguatkan kembali dasar dan perjuangan PAS.
Kepimpinan
Ulamak diasaskan supaya pergerakan PAS bukan sahaja tertumpu kepada politik
semata-mata. Kepimpinan Ulamak digagaskan bagi memastikan perjuangan PAS tidak
lari dari konsep perjuangan samada dari sudut dakwah, tarbiyyah dan politik.
Hasil
daripada gagasan ini, PAS berjaya menempa nama dan menjadi parti kedua terkuat
di tanah air.
Kekuatan PAS
semakin bertambah dengan kemenangan selepas PRU12 dengan berjaya menguasai 5
negeri hasil kerjasama politik bersama dengan PKR dan DAP. Ini menunjukkan
bahawa gagasan ini semakin menuju kepada kecemerlangan.
Disaat PAS
cemerlang dengan kepimpinan ulamak. Ada juga pihak yang mempertikaikan
kepimpinan ulamak ini. Penulis tidak pelik kalau kepimpinan ulamak
dipertikaikan kerana gagasan ini menyebabkan PAS menjadi lemah.
PAS semakin
kuat dan semakin dipandang oleh kawan dan lawan. Walaupun PAS mempunyai
bilangan ahli parlimen yang tersedikit. Tapi PAS mempunyai ADUN yang teramai
dalam PAKATAN RAKYAT.
PAS
mempunyai matlamat dan dasar yang mantap. Segala tindak tanduk PAS adalah
berdasarkan kepada Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias.
Inilah
antara rahsia kekuatan PAS sejak zaman berzaman.
Selain dari
usul memperkasakan PAKATAN RAKYAT dalam muktamar yang lalu. Perwakilan juga
pernah bersetuju dengan usul supaya menyerahkan mandat kepada kepimpinan dalam
isu muzakarah dengan mana-mana pihak.
Jadi, untuk
apa kita melenting supaya kepimpinan ulamak hendak dikaji semula.? PAS berada
dalam keadaan lemah ke sekarang.? Jawapannya tidak.
PAS bergerak
melanggar Al-Quran ke sekarang.? Jawapannya tidak.
Jadi apa
masalah dengan kepimpinan ulamak sebenarnya.?
Mungkin ada
yang berpendapat bahawa PAS tidak mengikut arus rakyat dengan mengadakan
perbincangan yang dianggap sulit dengan UMNO. Penulis tidak pasti kenapa
disebut sulit oleh Naib Presiden sendiri. Sedangkan Tuan Guru Presiden pernah
menyebut bahawa setiap butir pertemuan telah di maklumkan kepada Jawatankuasa
PAS Pusat. Mungkin sulit kepada ahli tetapi bukan pimpinan.!
Tapi adakah
salah kalau PAS berbincang tentang kepentingan Islam. Kalau DSAI boleh
berbincang dengan MP UMNO untuk urusan lompat. Kenapa PAS tidak boleh
berbincang dengan UMNO demi kepentingan umat Islam. berbincang bukan semestinya
setuju.
Hebat sangat
ke DSAI. Koman sangat ke pimpinan PAS.
Penulis
harap, kesemua ahli dan pimpinan memberi dokongan kepada kepimpinan ulamak ini.
Penulis
menulis tajuk ini bukan bermakna ada kepentingan. Cuma sekadar ingin
menerangkan bahawa gagasan inilah yang menjadi tonggak penting dalam
kelangsungan gerakan Islam.
http://attakiri.blogspot.com/
http://attakiri.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment