Dilaknat
pada zaman Nabi Isa a.s., apabila ada di kalangan Bani Israil menjadi babi
kerana mendurhakai Allah.
Ada
antaranya Allah mengurniakan mereka Nabi Isa a.s. yang dilahirkan daripada
perempuan yang sangat solehah dan kuat beribadat kepada Allah iaitulah Mariam
a.s.
Apabila
Mariam mengandung Isa a.s., Mariam dituduh berzina, memang dia tidak mempunyai
suami, lalu Allah membuktikan bahawa Mariam tidak berzina.
Anak yang
dilahirkan itu kurniaan Allah yang menjadi tanda kebesaran-Nya. Setelah Allah
menjadikan Adam a.s. tanpa ayah dan ibu, Hawa di ciptakan daripada tulang rusuk
Adam. Allah menjadikan Isa a.s. tanpa ayah.
Setelah Isa
a.s. dilahirkan dan dalam keadan masih menyusu itu dibawa oleh Mariam a.s.,
Bani Israil datang mengerumuni Mariam sambil bertanya: "Wahai Mariam!
Mengapa kamu melakukan ini (zina sehingga melahirkan Isa a.s.)?"
Mariam
diperintah oleh Allah dengan wahyi daripada Malaikat Jibrail a.s. supaya jangan
bercakap. Mariam diperintahkan berpuasa, termasuk tidak bercakap. Hanya
mengisyaratkan supaya bertanyakan hal itu kepada anaknya yang masih bayi.
Tiba-tiba
anak yang masih bayi itu bercakap: "Sesungguhnya aku hamba Allah,"
dan menjelaskan bahawa dia dilantik menjadi nabi, beliau telah berkata-kata
pada usia bayi yang pada adatnya tidak menasabah bayi bertutur dengan fasih.
Beliau
menegaskan beliau adalah seorang nabi dan rasul sebelum sampai usia dewasa.
Allah mengurniakan makjizat kepada nabi Isa a.s., antara makjizatnya; boleh
menceritakan kepada kanak-kanak sebaya dengannya di mana emak mereka di rumah
menyembunyikan kuih yang siap dimasak.
Ini adalah
antara mukjizat untuk membutikan Isa a.s. sebagai seorang nabi. Lalu mereka
marah kepada Nabi Isa a.s.
Sesetengah
kitab termasuk kitab jawi, 'Al-Jauharul Mauhuub Wamunabbihaatul Quluub'
menyebut kisah ini.
Mereka
mengurung kanak-kanak di satu tempat supaya tidak berkawan dengan Nabi Isa a.s.
Ini bertujuan untuk memulau Nabi Isa a.s.
Dikurniakan
oleh Allah mukjizat, apabila Isa bertanya di manakah kawan-kawannya, mereka
menjawab tidak ada. Tetapi beliau bertanya pula siapakah yang dikurung itu?
Dijawab itu babi.
Tiba-tiba
kanak-kanak yang dikurung itu menjadi babi. Dan Allah boleh mengembalikan
semula manusia yang menyerupai babi itu dengan izin-Nya.
Sementara
itu berlaku beberapa kisah yang lain, selepas nabi Isa a.s. dibangkitkan
menjadi rasul. Walaupun dalam riwayat ini ada antaranya berunsur Israiliyyat
(cerita dibawa orang-orang Yahudi) jika tidak bercanggah dengan nas kita
menerimanya. Jika sebaliknya wajib menolaknya.
Jika tiada
nas ia menjadi cerita biasa. Itu adalah kekuasaan Allah dan menjadi dalil
bahawa Allah melaknat Bani Israil.
Firman Allah
yang bermaksud: "Yang demikian itu dengan sebab mereka itu mendurhakai
Allah dan adalah mereka itu melampaui batas." (Surah al-Maidah: 78)
Allah
menyebut kejahatan yang besar dilakukan oleh mereka terutamanya dari kalangan
orang-orang alim mereka. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Adalah
mereka itu tidak mencegah kemungkaran yang mereka lakukan, alangkah buruknya
perbuatan mereka itu." (Surah al-Maidah: 79)
Mereka tidak
mencegah kemungkaran yang berlaku di kalangan mereka. Orang alim di kalangan
mereka mendiamkan diri dan buat tidak mengetahui apa yang berlaku.
Hadis
riwayat Imam Ahmad dari Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Ketika berlaku
maksiat di kalangan Bani Israil, di peringkat awalnya orang-orang alim mereka
mencegah perbuatan itu. Tiba-tiba bani Israil tidak mendengar tegahan itu dan
terus melakukan maksiat. Selepas itu orang-orang alim duduk makan minum sekali
dalam majlis mereka."
Selepas Bani
Israil terus menerus melakukan maksiat, orang-orang alim tidak lagi bersungguh
mencegah maksiat bahkan berkawan pula.
Jika ada
jemputan ke majlis golongan maksiat mereka bersegera menghadiri majlis itu dan
makan serta minum sekali dengan golongan tersebut.
Jika era
sekarang hadir menjadi orang yang membaca doa majlis serupa dengan alasan
sekadar membaca doa sahaja walaupn majlis maksiat.
Selepas
menghadiri majlis berkenaan, orang-orang alim itu tidak lagi mencegah maksiat
yang dilakukan walaupun golongan alim itu tidak melakukannya.
http://presiden.pas.org.my/v2/
http://presiden.pas.org.my/v2/
No comments:
Post a Comment