"Dalam kemeriahan kita menyambut Hari Raya dan bergembira
bersama sanak-saudara, jangan kita lupa dengan saudara-saudara seagama di
tempat lain yang tidak dapat merayakan hari raya seperti mana kita
merayakannya."
Ya, cliche. Tetapi itulah hakikatnya. Ketika kita sedang sibuk memilih kuih raya mana yang mahu disumbat ke dalam esofagus, kawan-kawan kita di Palestin sedang memilih batu kerikil mana yang mahu dilontarkan kepada tentera rejim zionis Israel hari ini. Ketika kita sedang sibuk menggayakan baju raya baru kita yang berkilauan warnanya, sahabat-sahabat kita di Syria tiada baju untuk dipakai dek dibakar oleh tentera-tentera rejim Bashar al-Assad. Dan ketika kita riang gembira menyembelih ayam, kambing dan lembu untuk dijadikan juadah raya, saudara-saudara Rohingya kita disembelih untuk dijadikan 'juadah raya' oleh pelampau Buddha Rakhine.
Ketika isu ini sedang panas dan hangat dibicarakan, kitalah yang paling lantang sekali bersuara. Ketika krisis ini rancak didedahkan, kitalah yang paling rajin sekali meng-update twitter dan status-status di facebook. Ketika semua orang bising dan menuntut agar tindakan yang segera diambil, kita juga turut terjun ke dalam gerabak keretapi yang sama. Nah, sekarang ke mana semua itu?
Itulah masalahnya umat Islam hari ini yang melihat sesuatu perkara berdasarkan 'issues-oriented', iaitu perjuangan yang berdasarkan isu dan bukannya perjuangan agung membela ummah dan agama. Oleh itu, marilah kita kembali melihat nasib umat Islam Rohingya yang diperlakukan dengan begitu jijik sekali oleh etnik Rakhine yang rata-ratanya beragama Buddha. Semoga perkongsian ini akan menjadi pencetus untuk kita lebih cakna dengan isu ummah di masa-masa hadapan dan tidaklah berbasa-basi dan acuh tak acuh sahaja. Semoga selepas ini kita lebih konsisten dan persisten dalam memperjuangkan nasib saudara-saudara seaqidah kita.
Latar Belakang Tragedi
Secara ringkasnya, etnik Rohingya sudah lama teraniaya dan hidup dalam penderitaan. Cuma tahun ini, telah berlaku suatu krisis yang membawa kesengsaraan mereka ini ke pentas dunia di zaman yang penuh dengan kemajuan maklumat dan teknologi. Sebenarnya tragedi kemanusiaan yang dialami oleh umat Islam Rohingya berlaku sejak 1938 lagi apabila dilaporkan seramai 30,000 orang Muslim telah dibunuh pada 26 Julai 1938. Tragedi yang sama juga berulang pada tahun 1942, 1968 dan 1992.
Manakala tragedi yang bermula pada awal Jun tahun 2012 ini tercetus apabila seorang wanita etnik Rakhine dirogol dan dibunuh, dan perbuatan itu didakwa dilakukan oleh beberapa lelaki daripada etnik Rohingya. Sebagai tindak balas dendam, puak Rakhine ini telah mengepung dan menyerang sebuah bas dan membelasah lantas membunuh sepuluh orang lelaki Rohingya, kerana menyangkakan mereka yang bertanggungjawab membunuh dan merogol wanita etnik Rakhine itu. Inilah taktik lazim penjahat mahu mencipta isu, iaitu isu untuk menghalalkan perbuatan haram mereka. Sama seperti Amerika yang membedil Afghanistan, kerana mendakwa Osama ben Laden berada di negara tersebut.
Selepas kejadian itu, segala kekejaman puak Rakhine bermaharajalela. Krisis ini menjadi semakin parah dan berlarutan apabila ia bertukar menjadi lebih ganas dan brutal dengan pembunuhan etnik Rohingya secara berkumpulan oleh puak Rakhine. Etnik Rakhine mengambil kesempatan ini untuk melunaskan dendam mereka terhadap bangsa Rohingya ini yang telah disimpan sejak sekian lama. Lebih memburukkan keadaan adalah apabila diberitakan bagaimana pihak tentera dan polis yang rata-ratanya juga beragama Buddha turut bekerjasama dalam pembersihan etnik Rohingya ini.

Laporan daripada Amnesty
International menyatakan bahawa kemungkinan ribuan umat Islam Rohingya telah
disembelih oleh puak pelampau Rakhine. Pelarian Rohingya ke Bangladesh mendakwa
bagaimana pihak polis, tentera dan etnik Rakhine menembak penduduk kampung
dengan begitu bersahaja tanpa rasa bersalah. Tambah menyedihkan ialah wanita
Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di antara mereka yang ditindas,
dirogol dan sebagainya. Bukan itu sahaja, malahan masyarakat Islam di sana
turut dinafikan hak dari segi perubatan samada di hospital mahupun di
klinik-klinik dan mereka dipaksa membayar dengan harga yang terlampau tinggi
untuk setiap kos rawatan yang ingin mereka dapatkan.
Ada Apa Dengan Rohingya?
Ada Apa Dengan Rohingya?
Menurut sejarah, etnik Rohingya sudah lama menetap di Burma
(nama lama bagi Myanmar) yang berjiran dengan tanah Bengal ketika itu
(Bangladesh belum lagi tertubuh). Mereka ini sudah lama menetap di Arakan,
sehinggalah penaklukan oleh orang-orang Burma yang menyebabkan mereka terpaksa
melarikan diri ke Chittagong, daerah di bawah kekuasaan British yang berjiran
dengan Arakan. Arakan adalah wilayah yang sedang bergolak sekarang ini. Dan
secara mudahnya, etnik Rohingya merujuk kepada golongan Muslim yang pernah
menetap di Arakan, dan kemudian berhijrah ke Chittagong sebelum kembali semula
ke Arakan.
Semasa penjajahan British di India, pihak British telah
menggalakkan orang-orang Bengal, terutamanya dari Chittagong untuk berhijrah ke
Arakan untuk menguruskan dan bercucuk-tanam di sana. Disebabkan British
memerlukan tenaga buruh murah untuk menguruskan tanaman padi di Burma,
kemasukan imigran dari Bengal ke Burma meningkat dengan mendadaknya. Untuk
rekod, penghijrahan yang berlaku ini melibatkan seluruh wilayah di Burma dan
tidak hanya terhad di Arakan sahaja. Akibat penghijrahan secara berjemaah ini, orang
Bengal menguasai ekonomi dan sosio-politik di Burma. Hal ini telah menyemai
rasa inferior dan rasisme di kalangan penduduk peribumi Burma.
Kebencian orang Burma terhadap orang-orang Rohingya bertambah parah ketika penaklukan Jepun di Asia. Orang-orang Rohingya majoritinya menyokong pakatan yang antara lainnya terdiri daripada pihak British, manakala etnik Rakhine menyokong penuh penjajahan Jepun ke atas Burma. Akibat daripada perbezaan ideologi ini, ribuan etnik Rohingya dibunuh dengan kejamnya oleh kedua-dua pihak Rakhine dan tentera Jepun. Ramai orang-orang Rohingya melarikan diri ke Chittagong.

Semasa pemerintahan junta tentera pula, nasib orang-orang
Rohingya bertambah buruk. Di bawah pemerintahan kuku besi Jeneral Ne-Win,
operasi tentera dilakukan berskala besar dan bersistematik terhadap golongan
minoriti di Burma. Antara operasi yang paling ganas adalah Operasi Raja Naga.
Untuk rekod, bukan orang-orang Rohingya di Burma sahaja yang menjadi mangsa
diskriminasi ini, tetapi golongan minoriti yang lain juga seperti orang Kokang
dan Cina Muslim.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, etnik Rohingya adalah
salah puak atau bangsa minoriti yang teraniaya sekali di dunia ini. Mereka
tidak punya negara atau pemerintahan sendiri. Tiada negara yang mahukan mereka.
Malah di Myanmar sendiri, mereka perlu meminta izin setiap kali mahu berkahwin
atau keluar daripada kampung halaman mereka! Kehidupan mereka sehari-hari amat
sinonim dengan kedhaifan, penderitaan dan kesengsaraan
Isu yang dihadapi oleh masyarakat Rohingya lebih kepada proses
penghapusan etnik oleh Rakhine, sama seperti mana di Bosnia dan Chechnya satu
ketika dulu.
Dunia Yang Bisu, Tuli Dan Buta
Seperti yang boleh diduga, apabila sesuatu tragedi atau krisis
yang melibatkan umat Islam, pastilah reaksi yang diberikan masyarakat
antarabangsa lembab dan berkelajuan kura-kura Pulau Galapagos lagaknya. Yang
lebih menyedihkan, reaksi dan tindak-balas daripada masyarakat Islam di seluruh
dunia juga di tahap itik pulang petang. Lazimnya pemimpin Islam di setiap
negara akan mengeluarkan kecaman itu dan ini, amaran itu dan ini. Ada juga
beberapa pemimpin Islam yang lantang mengeluarkan kenyataan keras mengecam
tindakan kerajaan Myanmar di bawah pimpinan Jeneral Thein Sein yang
seakan-akannya redha dengan tindakan ganas etnik Rakhine terhadap umat Islam
Rohingya.
Tambah memalukan Bangladesh selaku jiran yang terdekat menolak
dengan tegas pelarian Rohingya yang mahu menyelamatkan diri mereka dan
berlindung di negara mereka. Malah, mereka tidak mengaku yang etnik Rohingya
ini ada apa-apa pertalian dengan mereka. Sheikh Hasina, Perdana Menteri
Bangladesh ketika diwawancara oleh Al-Jazeera berkaitan isu pelarian Rohingya
ini dengan bersahaja menyatakan bahawa membantu atau menyelesaikan krisis
pelarian Rohingya bukan tanggungjawabnya. Sedangkan sehingga kini, Bangladesh
sudah pun menampung lebih 300,000 pelarian Rohingya sedia ada.
Sudah, apa alasan yang mahu kita berikan nanti kepada Tuhan
ketika menghadap-Nya di mahkamah agung Mahsyar nanti?
Entah mengapa, seolah-olahnya seluruh rakyat Myanmar yang
beragama Buddha merestui upacara pembersihan etnik ini. Hal ini adalah antara
kesan dendam kesumat puak Rakhine terhadap Rohingya sejak sekian lama, rentetan
dasar dan polisi pihak British yang melebihkan kaum pendatang. Juga pendekatan yang
diambil oleh pihak junta tentera yang menjadikan Buddha dan perkauman sebagai
senjata untuk mereka terus berkuasa.
Kenyataan Jeneral Then Sein dalam menjelaskan pendirian kerajaan
Myanmar terhadap isu Rohingya ini sedikit sebanyak merumuskan persepsi
masyarakat awam di Myanmar terhadap umat Islam Rohingya. Ujarnya, "Kita
mahu menghantar semua orang Rohingya ke mana-mana negara yang sudi mengambil
mereka."
Lebih mengejutkan dan menyedihkan adalah bagaimana Aung San Suu
Kyii, yang selama ini dilihat sebagai jaguh demokrasi dan pencinta keamanan
turut diam membisu dalam isu ini. Beliau yang pernah memenangi Anugerah Nobel
Keamanan, apabila diasak tentang isu Rohingya dan ditanya apakah wajar mereka
ini diberi taraf kerakyatan, hanya mampu untuk menyatakan, "Saya
tidak bertanggungjawab."
Pilihanraya tahun 2015 dilihat sebagai punca utama kepada
kebisuan, kebutaan dan ketulian ini. Parti yang dianggotai oleh Suu Kyii amat
bergantung kepada sokongan orang-orang Buddha untuk memenangi pada pilihanraya
kali ini. Kemudian di sebalik kelam-kelibut wilayah Arakan yang sedang bergolak
dan reaksi dunia Islam yang amat mengaibkan, tiba-tiba muncul Turki sebagai
wira membela umat Islam Rohingya. Turki secara konsisten dan keras sekali
mengecam kerajaan Myanmar atas layanan buruk mereka terhadap umat Islam
Rohingya.
Terbaru, isteri kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip
Erdoğan, Emine Erdoğan, bersama-sama dengan Menteri Luar Turki, Ahmet
Davutoğlu, telah mengadakan lawatan kemanusiaan ke Myanmar, bersama-sama dengan
bantuan kemanusiaan dan kebajikan untuk umat Islam Rohingya. Walaupun dari segi
geografinya, kedudukan Turki di Eropah seolah-olahnya tiada kena-mengena dengan
umat Islam di Myanmar, hal ini jelas telah membuktikan betapa persaudaraan
sesama Islam itu merentasi sempadan dan negara.
Tindakan kerajaan Turki ini dilihat amat bijak, signifikan dan
menyebelahi kerajaan pimpinan Erdogan, bukan sahaja di mata umat Islam malah di
mata dunia. Semenjak misi Flotilla ke Gaza dua tahun lepas, Turki sudah mula
menunjukkan taringnya di pentas politik antarabangsa. Turki kini tidak lagi
dilihat sebagai sebuah negara lemah yang terkinja-kinja mahu menjadi ahli
Kesatuan Eropah. Tetapi kini ia dilihat sebagai sebuah negara yang berotot
tegap dan boleh diharap dalam membela nasib umat Islam. Dunia kini sedang
memerhatikan Turki dengan begitu berhati-hati sekali.
Ya, negara-negara lain seperti Arab Saudi, Indonesia malah
Malaysia sendiri telah menyatakan pendirian tegas mereka terhadap isu Rohingya
ini. Pelbagai jenis tabung kemanusiaan juga dilancarkan oleh pelbagai badan
bukan kerajaan (NGO) dan kebajikan. Namun tiada satu pon yang dapat menandingi
aura dan kesan jangka panjang seperti yang telah dilakukan oleh Turki. Syabas
Turki!
Saya kongsikan di sini beberapa tindakan yang boleh kita ambil
Insya-Allah. Semuanya saya kira praktikal dan berada di dalam ruang lingkup
kemampuan kita.
·
Pastikan anda sentiasa update dengan isu-isu dan perkembangan
terkini. Luaskan pembacaan dan sumber rujukan anda, bukan sekadar maklumat yang
dapat dibaca dari sumber tempatan. Lakukan sedikit anjakan paradigma. Lakukan
carian di internet untuk mengetahui perkembangan yang terkini. Antara laman
sesawang yang menyediakan hapdet terkini tentang nasib umat Islam Rohingya
adalah www.rohingya.org. Percayalah, masih ramai sahabat-handai,
pakcik-makcik kita di luar sana yang tidak tahu-menahu tentang nasib umat Islam
Rohingya ini. Tetapi pastikan maklumat yang bakal anda kongsikan dan sebarkan
adalah maklumat yang boleh dipercayai dan disokong oleh fakta dan realiti.
Jangan semborono tekan butang 'Like' dan 'Share' di laman Facebook anda tanpa
mengesahkan dulu fakta dan berita yang dipaparkan. Kerana ada di antara
maklumat bersifat prejudis, meruntuhkan bukan membina.
·
Sumbangan ikhlas untuk umat Islam Rohingya. Pasti sudah banyak
tabung-tabung khas dilancarkan untuk tujuan ini. Tetapi, di pihak anda,
pastikan anda lakukan sedikit kajian tentang badan-badan kebajikan yang ingin
anda salurkan sumbangan itu. Pastikan mereka adalah badan yang terpercaya dan
berkredibiliti. Anda tidak mahu sumbangan anda itu digunakan untuk tujuan atau
kepentingan yang lain.
·
Ramai orang Islam etnik Rohingya yang sudah menetap dan bekerja
di Malaysia. Sekiranya anda berpeluang berjumpa dengan mereka, santunilah
mereka. Berborak mesra dengan mereka dan tunjukkan kepada mereka, sebagai
saudara seaqidah sedarah agama dengan mereka ini, anda sebenarnya cakna dan
peduli dengan nasib umat Islam Rohingya di Myanmar yang sedang menderita.
Mungkin anda boleh juga menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka dengan
cara ini, untuk disampaikan kepada keluarga mereka di Myanmar, itupun sekiranya
ada asas untuk anda benar-benar percaya kepada mereka ini.
·
Sertai protes atau demonstrasi aman yang ada bagi membantah
polisi kerajaan Myanmar pimpinan Jeneral Then Sein.
·
Berdoa. Jangan sombong dan malas untuk titipkan doa bukan sahaja
untuk umat Islam Rohingya, tetapi juga saudara-saudara kita di Palestin, Syria,
Somalia, Sudan, Afghanistan, Chechnya, Kashmir, Libya, Bahrain dan seluruh
dunia. Doa adalah senjata orang-orang Mukmin. Yakinlah padaNya, Insya-Allah
suatu hari nanti pasti nasib umat Islam seantero dunia akan terbela juga.
·
Dakwah dan tarbiyah. Tiada cara lain untuk mengembalikan
kegemilangan Islam kepada tempatnya yang hak, melainkan dengan kita sendiri
bersungguh-sungguh mahu menyebarkan kebenaran dan mahu menegakkan keadilan di
muka bumi ini. Hanya dengan tarbiyah sahaja kita dapat menyedarkan dan mendidik
masyarakat tentang peri pentingnya pemerintahan Islam yang selayaknya.
·
Jangan sesekali tinggalkan Usrah, kerana di dalam Usrah-lah
individu-individu Muslim yang akan mengembalikan semula Ustaziyatul Alam
dibentuk. Hanya apabila Islam sudah tertegak di muka bumi ini penderitaan umat
Islam akan berakhir!
Saya kira tujuh langkah ini sudah cukup untuk cuba kita
praktikkan, bagi menunjukkan solidariti kita terhadap umat Islam Rohingya.
Bukan sahaja untuk mereka, tetapi juga untuk kita umat Islam seluruh dunia.
Sekurang-kurangnya kita punya hujah dan alasan di Mahsyar nanti, apabila
ditanya apa yang telah kita lakukan demi meringankan penderitaan dan
kesengsaraan saudara-saudara kita yang tidak bernasib baik seperti kita ini.
Sumber : http://www.tarbawi.my
No comments:
Post a Comment